Siakap Keli
pelakon veteran hamid gurkha

Hamid Gurkha Meninggal Dunia

Pelawak dan pelakon veteran negara, Hamid Gurkha, 90, dilaporkan telah meninggal dunia pada petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh admin akaun Hamid Gurkha di Facebook.

“Assalamualaikum semua peminat Pak Mid. Pak Mid sudah meninggalkan kita semua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin,” tulis admin akaun tersebut.

Selain dari itu Amir Raja Lawak juga turut berkongsikan perkara sama menerusi Facebook sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan, seniman negara, Pak Hamid Gurkha baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

“Mohon sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh Almarhum,” kata Amir menerusi perkongsian itu.

https://www.facebook.com/mohd.amirullah.14/posts/5253126754726606

Terdahulu, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Pak Hamid itu dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 9 Jun lalu selepas mengalami batuk berkahak, lapor Kosmo.

Filem lakonan terakhirnya adalah Superbike The Movie bersama Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019. Ketika usianya juga, Pak hamid popular dengan filem Sikit Punya Gila lakonan bersama Dharma Harun Al-Rashid yang ditayangkan pada tahun 1982.

Pak Hamid sentiasa membuat kita tidak kering gusi dengan lawak dan gelagat lakonannya. Jasa dan sumbangan beliau dalam industri seni tanah air tidak mungkin kita lupakan dan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sumber: Amir Raja Lawak, Hamid Gurkha

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.