Malaysia vs Bangladesh, satu pertarungan penuh mendebarkan antara dua negara ini bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.
Menjelang pukul 9 malam ini, skuad Harimau Malaya bakal ‘bertentang mata’ dengan pasukan bola sepak Bangladesh dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2023.
Banyak persediaan sudah dilakukan oleh pemain. Namun jangan dilupakan, kehadiran penyokong selaku ‘pemain ke-12’ atau disebut ‘ekor Harimau Malaya’ juga harus dipandang tinggi.
Bagaimanapun, semangat penyokong daripada pihak lawan, Bangladesh juga seakan tidak kurang ‘panasnya’ Kita ada cara kita, mereka ada cara mereka.
Namun hari ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan aksi seorang pekerja warga asing yang ditanya, sama ada mahu sokong Malaysia atau Bangladesh.
Difahamkan, pekerja tersebut dipercayai mungkin warganegara Bangladesh. Namun jawapan yang diberikan ketika ditanya amat mencuit hati. Nak tahu? Mari ikuti video oleh @ffaaiizz ini.
@ffaaiizz._ PENYOKONG LALANG TAK DAPAT HADIR KE SNBJ . #harimaumalaya #bangladesh #fyp
“Malaysia menang la. Malaysia menang,” jawabnya penuh yakin sambil tersenyum bangga.
Namun kemudian, pekerja ini bertanya kembali, “Siapa, siapa main?”. Lalu individu perakam ini menjawab, “Malaysia (vs) Bangladesh,”
Serta-merta pekerja ini pantas menjawab, “Hey! Bangladesh menang! Bukan Malaysia menang!” katanya penuh semangat dan berseloroh.
Video itu telah mendapat lebih 3,000 tontonan dan kira-kira 200 tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Sementara itu, ramai netizen membanjiri ruangan komen disebabkan gelagat pekerja itu yang mencuit hati mereka.
“Noh (emoji ketawa)” kata Sesiput.
“Hahahahaha naya,” tulis Fasyaaaaaaa.
Sumber: Tiktok ffaaizz._