Siakap Keli
Gambar: Sinar Harian via Google

RON97 Naik 11 Sen

Harga runcit petroleum RON97 naik 11 sen daripada RM4.72 seliter kepada RM4.83 seliter, umum Kementerian Kewangan hari ini.

Sementara itu, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Harga terkini tersebut berkuat kuasa bagi tempoh 16 Jun hari ini sehingga 22 Jun kelak.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran, ” maklum kenyataan tersebut.

Menerusi kenyataan itu lagi, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.