CALIFORNIA – Seorang pengurus sebuah stesen minyak di Rancho Cordova dipecat selepas tidak sengaja meletakkan harga yang salah.
Menurut Daily Mail, pengurus stesen Shell tersebut telah tersilap meletakkan harga yang sepatutnya iaitu RM30 ($6.99) untuk satu gelen minyak premium kepada RM3 ($0.69).
“Ia adalah merupakan kesilapan yang telah saya lakukan,” ujarnya.
“Ini adalah suatu mimpi ngeri pada saya. Saya telah meletakkan ketiga-tiga harga di sana kecuali diesel, tetapi yang terakhir itu adalah suatu kesilapan.”
Sebaik sahaja ia heboh, orang ramai telah memuat naik berkenaan harga minyak di stesen tersebut di Facebook, Twitter dan Instagram.
Ekoran dari itu, orang ramai telah ‘menyerbu’ stesen minyak tersebut untuk ambil kesempatan mengisi minyak di situ.
“Jadi saya terus mengaku bertanggungjawab untuknya dan saya berkata, ya itu salah saya, dan saya harus dipersalahkan,” kata Szczecina.
Kesilapan itu akhirnya mengakibatkan stesen Shell tersebut rugi RM88,379 ($20,000) serta menyebabkannya kehilangan pekerjaannya.
Kakak kepada lelaki itu terpaksa melancarkan ‘Gofundme’ untuk membantu abangnya membayar balik wang stesen Shell yang kerugian serta mengelakkan abangnya dari disaman.
Setakat pagi Rabu, usaha itu baru mencapai hanya RM 15,464 ($3,500) daripada matlamat awal mereka iaitu sebanyak RM70,696 ($16,000).
Peguam perniagaan Craig Zimmerman memberitahu KOVR bahawa orang seperti lelaki tersebut dilindungi daripada jenis kesilapan ini dalam hal undang-undang.
“Satu-satunya cara dia akan bertanggungjawab, tanpa perjanjian bertulis, adalah jika dia bertindak di luar skop pekerjaannya,” kata Zimmerman.
Sehingga pagi Selasa, harga purata bagi setiap gelen gas di A.S. ialah RM22 ($5.02), menurut AAA. Di beberapa kawasan di negara itu, terdapat laporan bahawa harganya hampir atau melebihi Rm30 ($7.00) segelen.
Sumber: Daily Mail