16 tahun tak bertemu ibu kandung, ia pasti menjadi satu tempoh panjang yang amat memeritkan buat anak gadis ini.
Setiap kanak-kanak pasti memerlukan tempat untuk mereka bergantung dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Ibu bapa merupakan sumber bagi mereka dalam menerima didikan dan curahan kasih sayang.
Namun, tidak semua kanak-kanak mendapat hak yang sama. Ada di antara mereka terpaksa hidup dengan sebatang kara disebabkan kematian ibu bapa dan ada juga yang tinggal bersama saudara-mara ataupun penjaga.
Begitu juga kisah hidup yang perlu ditempuhi oleh adik ini yang tidak pernah bertemu dengan ibunya sejak kecil lagi. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk menghulurkan bantuan dalam mejejaki ibu kepada remaja itu.
Untuk mendapatkan info dan berita ini dengan lebih lanjut, boleh ikuti di Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL)
Semoga urusan pencarian ibu kandung kepada adik Natasha dipermudahkan.
Pencarian waris

Nama: Natasia binti Abdullah
Tarikh lahir/umur: 15 Mac 2006 (16 tahun)
Jantina: Perempuan
Remaja perempuan Natasia binti Abdullah, 16 tahun yang dirujuk oleh sepasang suami isteri selepas ibu kandung kanak-kanak Murina Iwat @ Murni menyerahkan kanak-kanak kepada mereka untuk dijaga sejak lahir lagi. Selepas itu, ibu kandung telah menghilangkan diri sehingga kini dan kanak-kanak ini telah ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sehubungan itu, JKM memohon agar ibu kandung tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Encik Shukor Salleh bin Laslile di talian 03-26124000 bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Sumber: Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL)