Dah hampir dua tahun hutang tak bayar-bayar. Wanita Ini terpaksa beri sampul kosong untuk kawannya bagi menyedarkannya bahawa rakannya berhutang dengannya.
JAKARTA – Hutang merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi. Tidak kiralah sama ada nilainya besar atau sedikit, namun, bila namanya hutang, hukumnya wajib dibayar.
Walaupun si pemberi tidak menuntut semula hutangnya, janganlah pula kita jadikan ia sebagai alasan untuk tidak membayar kembali.
Namun, bagaimana pula sekiranya si pemberi menuntut kembali hutang lamanya?
Perkara ini sama seperti tindakan seorang wanita yang nekad menuntut hutang sewaktu majlis perkahwinan kawannya itu berlangsung.
Menerusi laman Wolipop, wanita tersebut telah bertindak meminta hutang dengan cara yang unik apabila dia sengaja memberikan sampul kosong dan menuliskan beberapa ayat untuk kawannya yang berkahwin itu.
Perkara itu telah dimuat naik melalui sebuah akaun Tiktok.
Video tersebut memperlihatkan dirinya sedang menulis permohonan maaf kerana memberikan sampul kosong.
Dia bertindak sedemikian disebabkan kawannya itu masih memiliki hutang yang belum dilangsaikan selama dua tahun.
Oleh kerana terlalu beremosi, dia terpaksa bertindak sedemikian dan ‘menghalalkan’ sahaja hutang kawannya itu.
“Maaf ya cuma beri sampul kosong, hutang kamu RM150 (Rp 500 ribu) sudah dua tahun lebih belum dibayar. Anggap saja itu adalah isi sampulku, daripada tak ada khabar. Anggap je hutang kamu dah lunas! Selamat berbahagia,” tulisnya di atas sampul tersebut.
Video tersebut telah tular dan mendapat tontonan melebihi 3.4 juta.
Menurut wanita tersebut, kawannya itu telah meminjam wang dan berjanji untuk membayarnya selepas mendapat gaji. Namun, dua tahun telah pun berlalu dan kawannya masih berdiam diri sehingga kini.
Justeru, sewaktu majlis perkahwinan kawannya itu, dia nekad untuk menyedarkan kawannya.
Tambahnya, tindakannya itu diharapkan dapat dijadikan pengajaran serta peringatan untuk mereka yang berhutang supaya membayarnya ketika berkemampuan.
“Sekiranya dia boleh mengadakan majlis perkahwinan, sudah semestinya dia memiliki duit,” ujarnya.
@yayahnurhayati537
Sumber: Wolipop