Siakap Keli
30 tak potong kuku
Gambar: Oddity Central

33 Tahun Tak Potong Kuku, ‘Bela’ Sejak 1989

33 tahun tak potong kuku, demikianlah kisah unik seorang wanita separuh usia yang setia membela kuku sejak usia muda.

Seorang juruhias kuku di Gary, Indiana memiliki ‘rupa’ yang unik gara-gara tidak pernah memotong kuku tangannya sejak 33 tahun yang lalu, memetik Oddity Central.

Wanita tersebut, Cordelia Adams ‘Dee Dee’, 59 tahun menghias kukunya yang sepanjang 12 inci itu dengan tindanan bahan akrilik dan elemen seni serta artistik lain.

Difahamkan, wanita itu mula menyimpan kuku tangannya tanpa dipotong sejak 1989 lalu ketika mula bekerja sebagai juruhias kuku pada usia 20an.

Mungkin ramai yang menganggap, menyimpan kuku dengan begitu panjang akan membuatkan rutin hariannya terjejas.

Namun tidak bagi wanita berketurunan Orang Asli Indiana itu, dia sebaliknya sudah biasa berdikari untuk buat semua tugasan harian tanpa merosakkan kuku kesayangannya itu.

Menurutnya, selama 33 tahun ‘membelanya’, ia mengajar dirinya untuk melakukan banyak perkara seperti menulis, memandu kereta dan memegang barang pada tangan tanpa terkena kuku.

Oleh itu, Cordelia sering meraih perhatian ramai gara-gara kukunya itu. Baginya, perkara yang paling disukainya kini adalah memiliki kuku yang luar biasa.

“Perkara terbaik tentang memiliki kuku yang sangat panjang adalah perhatian,” katanya, memetik Oddity Central.

Gambar: Oddity Central

Sementara itu, antara soalan yang sering ditanyakan kepadanya dan dianggap tidak sopan adalah bagaimana dia makan dan menjaga diri sendiri dengan kuku seperti itu.

“Kuku itu diletakkan di sepanjang lengan saya, jadi jika saya memegang sesuatu, ia tidak menganggu. Saya juga tidak perlu menggunakan jari terlebih dahulu,” tambahnya.

Walaupun berkelakuan seperti orang biasa, namun dia perlu menyesuaikan dirinya untuk melakukan perkara tertentu seperti menggunakan tapak jari untuk scroll pada skrin telefon pintarnya atau semasa mencuci pakaian.

Meskipun nampak seakan ‘menyusahkan’, namun perkara itu tidak membuatkan dirinya berputus asa dengan kuku panjang tersebut kerana ia menjadikan hidupnya lebih selesa.

Hebat kan? Macam manalah agaknya seorang juruhias kuku berpengalaman seperti Cordelia mampu mengekalkan seni kukunya dalam keadaan yang baik selama 33 tahun.

Tambahan pula, reka bentuk artistiknya juga hampir tidak pernah patah atau luntur dan bertahan sehingga lima tahun lamanya.

Kisahnya pernah tular di internet dah semestinya menjadi antara bualan hangat kebanyakan netizen.

Sumber: Oddity Central

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?