Apa nak buat kalau kereta dilanggar oleh kenderaan lain semasa kita berada di atas jalan raya? Boleh claim insurans terus ke?
Setiap kenderaan di atas jalan raya memerlukan insuran perlindungan bagi memastikan urusan ‘claim’ berjalan lancar sekiranya terjadi kemalangan atau perkara tidak diingini.
Insuran diwujudkan bertujuan bagi melindungi dan membayar ganti rugi ke atas kerosakan kenderaan kita ataupun nyawa.
Terdapat beberapa situasi yang anda boleh lakukkan sekiranya kereta kita dilanggar oleh kereta lain. Oleh itu, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh roadtaxkami di saluran TikTok.
Apa nak buat kalau kereta dilanggar?
Menerusi video yang dimuat naik itu, terdapat beberapa situasi yang boleh dilakukan oleh pengguna jalan raya untuk mendapatkan semula ganti rugi kereta yang telah dilanggar.
Dalam situasi pertama, sekiranya kereta anda dilanggar oleh kenderaan yang mempunyai roadtax dan insuran sama ada first party atau third party, anda boleh menuntut insuran daripada pemilik kenderaan berkenaan.
Namun, sekiranya kenderaan yang melanggar kereta anda tidak mempunyai insurans dan roadtax, anda tidak boleh claim insurans daripada kenderaan tersebut.
Sehubungan itu, kenderaan tersebut akan dikenakan saman akibat tidak memperbaharui insurans dan roadtax.
Sementara itu, jika kereta anda mempunyai insuran first party, anda boleh mendapatkan ganti rugi dengan menggunakan insurans anda sendiri walaupun kenderaan yang melanggar anda tidak mempunyai insurans.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara ini, anda boleh menonton video dibawah.
@roadtaxkami Apa jadi kereta kita dilanggar kereta lain? #kepentinganfirstparty
♬ original sound – roadtax kami – Dapatkan Info Insurans Tepat
Sumber: TikTok roadtaxkami