Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi melarang semua pekerja di sektor swasta bekerja di bawah terik matahari antara 15 Jun hingga 15 September, lapor Arab News.
Menurut laporan itu lagi, keputusan itu dibuat kerana suhu panas yang meningkat hingga mencecah 50 darjah celsius. Keputusan yang diambil itu akan mengurangkan kadar tekanan haba dan strok haba dalam kalangan pekerja.
Kementerian juga meminta majikan mengatur waktu bekerja dan membuat keputusan yang mampu untuk mengehadkan kecederaan dan juga penyakit vokasional serta meningkatkan produktiviti.
Memetik Arab News, mereka juga mengeluarkan panduan prosedur keselamatan dan pekerjaan untuk mengelakkan risiko pendedahan kepada cahaya matahari dan tekanan haba di laman web mereka untuk rujukan para majikan.
Keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor swasta terjamin. Hal itu juga merupakan tanggungjawab mereka untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat dari sebarang keadaan dan juga penyakit.
Sumber: Arab News, The Siasat Daily