Siakap Keli
ibu campak bayi dari tingkat lima
Gambar hiasan: BBC via Google

Ibu Campak Bayi Dari Tingkat Lima

Seorang ibu muda berumur 17 tahun dituduh atas tuduhan membunuh selepas mencampak keluar bayinya dari tingkat lima sebuah pangsapuri di US Oktober tahun lalu.

Menurut WION, pada awalnya remaja itu mengakui bahawa dia melahirkan bayi tersebut di kediamannya di sebuah pangsapuri di Bronx, New York iaitu lokasi kejadian.

Bagaimanapun sejurus dilahirkan, remaja itu bertindak ‘kejam’ mencampak bayi tersebut melalui tingkap rumahnya di tingkat lima sebelum terhempas di bawah.

Ibu remaja terbabit memaklumkan perkara itu kepada pihak Hospital Lincoln, sebelum laporan sama turut dilaporkan kepada pihak polis.

Bertindak atas maklumat, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian. Namun mereka mendapati bayi yang terdampar di kawasan pokok bunga di depan pangsapuri itu sudah tidak bernyawa.

Susulan itu, remaja tersebut akhirnya ditahan polis. Berdasarkan perbicaraan baru-baru ini, dia dituduh atas tuduhan membunuh kerana membuang bayinya sendiri yang baru dilahirkan.

Walau bagaimanapun, identiti sebenar remaja terbabit tidak didedahkan dalam media tempatan kerana usianya masih bawah 18 tahun.

Untuk rekod, kadar jenayah di New York dilapor menunjukkan peningkatan dalam tempoh 10 tahun terkini. Setakat April tahun ini saja, kes meningkat 42.7 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Menurut WION, beberapa jenayah utama mencatat peningkatan, iaitu rompakan meningkat 46.7 peratus, rompakan berskala besar 54 peratus dan rogol 14.9 peratus.

Tidak kurang juga, data statistik turut menunjukkan kes jenayah pembunuhan juga tidak terkecuali meningkat.

Sumber: WION

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.