Siakap Keli
petua isteri solehah
Gambar: Al-Raudhah via Google

“Jangan Tinggi Suara Tanpa Sebab…”, ‘Tok Abah’ Kongsi 10 Petua Menjadi Isteri Solehah

Pakar motivasi terkenal negara, Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah berkongsi 10 petua untuk menjadi isteri solehah di laman Facebooknya baru-baru ini.

Menjadi seorang isteri bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk dipikul oleh seorang wanita, lagi-lagi menjadi seorang isteri yang solehah.

Pelbagai cabaran yang perlu mereka hadapi seperti karenah anak-anak, menutup aurat dengan sempurna dan taat kepada perintah seorang suami.

Pada zaman yang penuh dengan cabaran hari ini, Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah turut berkongsi ilmu yang bermanfaat tentang petua menjadi isteri solehah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara yang disampaikan oleh beliau, mari kita ikuti perkongsiannya seperti di bawah. Semoga bermanfaat.

Ini 10 petua untuk menjadi isteri solehah:

1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang. Jadilah seorang isteri, kekasih, kawan, penyokong, penasihat, pendengar, pendidik dan paling penting pendoa setiap usaha suami.

2. Sentiasa taat kepada suami dalam semua hal yang dibenarkan syarak. Namun bukan hal yang melibatkan kemungkaran.

3. Dilarang menunjukkan kelemahan suami terutama di hadapan keluarga dan rakannya. Risau ia akan berpatah balik ke kamu. Simpan aib masing-masing. Pokoknya, rahsia rumahtangga jangan dibawa ke luar.

4. Dilarang meninggikan suara tanpa sebab kepada suami. Ia tanda kamu tidak sopan dan derhaka.

5. Jangan bandingkan suami kamu dengan lelaki lain. Contohnya Fattah Amin, Syafiq Kyle atau Tok Abah (gurau je!). Kamu tidak akan pernah tahu perasaan suami kamu bagaimana.

6. Jangan pisahkan suami kamu dari menyantuni ibunya. Beri dia ruang untuk berkhidmat dan membalas jasa ibunya.

7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur. Kemaafan dapat menyejukkan hati, menyembuhkan penyakit, menaikkan aura wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

8. Pastikan kamu meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.

9. Buang sikap queen control. Suamilah yang perlu mengawal rumahtangga. Jika ada perkara yang tidak kamu puas hati sepanjang suami mengatur keluarga, ajaklah berbincang, bukan mengarah.

10. Masakkan makanan kegemarannya. Sesedap yang boleh. Jika tidak pandai masak. Belajar. Zaman sekarang boleh google je. Air tangan kamu cukup penting untuk mendamaikan dan mengharmonikan hubungan suami isteri.

Banyak lagi cara untuk jadi isteri solehah. Sebenarnya terlalu banyak kebaikan dan mudah nak buat pahala. Moga kamu amalkan sedikit sebanyak petua di atas dan jadilah kamu isteri yang membahagiakan suami di atas muka bumi ini.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Isteri solehah adalah permata dunia.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.