Siakap Keli
semua perkhidmatan rapidkl
Gambar Via Bernama

Semua Perkhidmatan RapidKL Diberi Percuma Selama Sebulan Bermula Hari Ini – PM

Sempena pelancaran MRT Lalauan Putrajaya Fasa Satu, PM umum semua perkhidmatan RapidKL diberi percuma selama sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa perkhidmatan MRT, LRT, BRT, Monorel dan bas RapidKL akan beroperasi secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia selama sebulan bermula hari ini.

Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika menghadiri majlis pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, sebentar tadi.

“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” katanya.

Menerusi bebenang Bernama di Twitter, MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu dijangka akan mencetuskan dan merancakkan semula pembangunan di kawasan-kawasan lama atau belum dibangunkan.

Dalam pelancaran itu, Ismail Sabri juga berkata pihak MRT kini dalam perancangan untuk menambah empat lagi stesen baharu pada masa akan datang.

Ia bagi membolehkan akses kepada pengangkutan awam dapat terus ditingkatkan.

Pembukaan sepenuhnya MRT tersebut juga dijangka akan mencatatkan bilangan awal penumpang harian lebih 104,000 orang.

“Ini juga merupakan antara agenda utama yang dilaksanakan kerajaan bagi memulihkan dan menstabilkan ekonomi negara serta memastikan kesejahteraan hidup Keluarga Malaysia,” katanya.

Tambahnya, pembukaan laluan itu diyakini akan membangunkan kawasan sepanjang jajaran seperti Jinjang, Sungai Buloh, Kepong dan Bandar Sri Damansara, lapor Bernama.

“MRT Laluan Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu manakala Laluan Fasa Dua yang kini hampir siap sepenuhnya, melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya.

“Laluan Fasa Dua akan melalui kawasan strategik termasuk pusat bandar Kuala Lumpur dengan stesen bawah tanah seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park, Persiaran KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX),” katanya.

 

Sumber: Bernama

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.