Siakap Keli
Kucing makan tuan
Gambar via Mirror

20 Ekor Kucing Maine Coon Dilapor Makan Mayat Tuan Sendiri, Ditemui Mati Selepas Dua Minggu

20 ekor kucing dilaporkan makan mayat tuan sendiri iaitu seorang wanita selepas dia meninggal dunia di dalam rumah tanpa disedari oleh sesiapa pun, termasuk jiran tetangga.

Menurut laporan, wanita tersebut telah meninggal dunia sejak lebih kurang dua minggu sebelum ditemui, manakala separuh dari badan mayat wanita tersebut telah dimakan oleh kucing Maine Coon gergasi kesayangannya.

Memetik Mirror, polis menemui separuh mayatnya yang dikelilingi kucing itu di Bataysk, Russia. Kematian yang dianggap mengerikan itu hanya diketahui selepas seorang individu tidak berjaya menghubungi mangsa.

Difahamkan, kucing Maine Coon umumnya terkenal dengan sifat pasif dan digelar sebagai ‘gergasi lembut’. Namun, ia akan bertukar agresif jika kehilangan punca makanan selama berminggu-minggu.

Kucing yang sihat akan dijual kepada pemilik baru dengan harga sekitar RM160.

Menurut pasukan penyelamat, beberapa ekor daripada kucing tersebut ditemui dalam keadaan yang tidak berapa sihat dan sedang cuba mengumpul dana untuk terus merawat dan menjaga kucing-kucing berkenaan.

“Kucing-kucing itu dibiarkan selama dua minggu tanpa makanan, jadi apa yang perlu mereka makan?

“Boleh faham kan? Mereka makan apa yang ada,” jelas penyelamat haiwan yang menjaga beberapa ekor kucing yang masih hidup.

Tahun lalu, Clara Ines Tobon di temui mati oleh pihak polis dan kucingnya dilaporkan telah memakan bahagian atas badannya. Jirannya telah menghidupkan penggera kerana terdapat bau dan bilangan lalat yang banyak.

Selain itu, terdapat juga seorang pesara yang maut akibat Covid-19 juga ditemui dengan sebahagian badannya telah dimakan oleh kucing peliharaannya.

Polis menemui mayatnya juga selepas jiran menghidupkan penggera kerana terdapat bau yang kuat datang dari sebuah flat di Madrid, Sepanyol.

Menurut laporan, badan mayat wanita itu telah digigit oleh tujuh ekor kucing peliharaannya. Dalam pada masa yang sama, lima daripada kucing-kucing itu juga ditemui mati.

Seorang pegawai polis telah menyifatkan insiden itu sebagai yang paling dan mengerikan sepanjang dia berkhidmat di kawasan tersebut semasa dia bertugas.

Dipercayai, anggota bomba masuk ke dalam rumah wanita secara paksa pada Isnin lalu dan menemui mayat mangsa di dalam bilik.

Sumber: Mirror,

Faiz Mustafa