Siakap Keli

ETIKA Lantik Amy Gan Sebagai Naib Presiden Pemasaran Untuk Kukuhkan Pendigitalan Jenama

Merevolusikan industri FMCG dengan meneroka dan mengukuhkan landskap digital.

KUALA LUMPUR, 17 JUN 2022 – Kumpulan Etika (“Etika”), salah sebuah syarikat pengeluar minuman halal terkemuka di rantau ini telah mengumumkan pelantikan Amy Gan sebagai Naib Presiden Pemasaran bermula 1 Jun 2022, organisasi itu yang kini berusaha untuk meningkatkan usaha meneroka dan mengukuhkan strategi pendigitalan mereka untuk industri barangan pengguna gerak pantas (FMCG).

Beliau bertanggungjawab untuk strategi penjenamaan dan pemasaran keseluruhan Etika dan ATLAS Vending (anak syarikat milik penuh Etika) termasuk kempen pembinaan jenama kreatif, pemasaran perdagangan, perhubungan awam, pengurusan acara dan tajaan untuk Malaysia dan Singapura.

Dengan pengalaman lebih 13 tahun, Amy memulakan kerjayanya sebagai Eksekutif Jenama untuk Revive Isotonic di bawah Etika pada tahun 2009. Dengan mendedikasikan kerjanya untuk mengembangkan jenama produk Etika, beliau telah membuktikan berulang kali bahawa beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk menjawat peranan penting dalam Etika.

Selain itu, Amy juga akan membawa strategi baharu untuk Etika memulakan usaha mereka dalam mendigitalkan pemasaran dan komunikasi organisasi tersebut. Dalam peranan barunya, Amy akan melapor terus kepada Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei).

Dalam peranan baharu beliau sebagai Naib Presiden Pemasaran, Amy akan meneruskan usaha Etika untuk mendigitalkan perniagaan dan meningkatkan penembusan pasaran melalui kempen yang kreatif untuk menarik minat pihak berkepentingan Etika termasuk rakan kongsi dan pengguna.

“Kami ingin menyahut peluang-peluang yang muncul dari setiap teknologi, data, dan platform baharu, lalu membentuk kemungkinan yang praktikal kepada era pengguna baru, pada masa yang sama mencipta pengalaman jenama yang menarik.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk melaksanakan idea-idea kreatif untuk menarik perhatian pengguna demi memenuhi harapan pihak berkepentingan kami, “kata Amy.

Setelah memegang jawatan sebagai Ketua Pemasaran dan Perniagaan Sampingan untuk ATLAS Vending, Amy telah mencipta banyak kerja interaktif dan kreatif untuk inisiatif pemasaran mereka seperti Minit Mart, kedai runcit layan diri automatik yang diilhamkan oleh trend layan diri di Jepun, dan mesin sampling automatik – mesin operasi layan diri tanpa sentuh yang bukan sahaja sesuai semasa pandemik, tetapi masih memberi manfaat kepada jenama dan pengguna ketika kita bergerak maju ke fasa normal baharu.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.