Cara pemegang Pas My50 nak tebus tambang percuma Rapid KL
Seperti semua sedia maklum, baru-baru in kerajaan telah mengumumkan tambang percuma untuk semua perkhidmatan RapidKL termasuk Bas, BRT dan Tren.
Pada pemegang Pas My50 pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara nak tebus tambang percuma ini kan? Rapid KL telah mengeluarkan pemberitahuan seperti berikut.
Jika Pas My50 anda tamat tempoh di antara 17 Jun ke 15 Julai 2022, tebus 30 hari tambang percuma sehari selepas pas anda tamat tempoh. Tambang percuma akan dimasukkan ke dalam pas anda dan diaktifkan serta-merta.
Manakala, bagi anda yang telah membeli Pas My50 pada 16 Jun 2022, tebus 30 hari tambang percuma selepas pas anda tamat. Aktifkan tambang percuma dalam tempoh 23 hingga 25 Julai 2022. Sebaiknya bawa resit untuk pengesahan tetapi jika tiada resit pun tidak perlu bimbang, pihak Rapid KL akan bantu anda melakukan pengesahan.
Tambang percuma ini telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri ketika menghadiri majlis pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, baru-baru ini.
“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” kata Ismail Sabri.
Anda boleh menikmati tambang percuma selama 30 hari untuk perkhidmatan bas, BRT, LRT dan MRT. Diharap dengan tambang percuma ini sedikit sebanyak membantu anda mengurangkan kos perjalanan.
PERJALANAN PERCUMA 30 HARI BERSAMA RAPID KL/RAPID KL 30-DAY FREE RIDE (RKLFR) – INFO UNTUK PELANGGAN My50
Maklumat khusus untuk pelanggan My50 berkenaan penggunaan pas perjalanan anda semasa tempoh kempen RKLFR. Sila rujuk visual. pic.twitter.com/mB6pNaHnQS
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) June 17, 2022
Sumber: Rapid KL