Siakap Keli

Mydin Nak Tukar Nama Jadi MyDad? Ini Anda Kena Tahu

Mydin nak tukar nama MyDad? 

Siapa je tak kenal pasaraya Mydin ni yang dah bertapak di Malaysia sejak 1957 yang bermula di Kelantan sebagai kedai runcit biasa yang kini sudah memiliki banyak cawangan seluruh Malaysia.

Anda mesti perasan kan yang Mydin menukar profile picture di semua media sosial dan platform e-dagang mereka kepada logo MyDad? Mydin nak tukar nama ke pulak ke? Okay, tenang tenang. Biar kami jelaskan.

Sebenarnya Mydin tukar logo di platform media sosial mereka sempena Hari Bapa baru-baru ini. Ini juga sebagai tanda penghargaan dari Mydin buat semua Ayah di seluruh Malaysia.

Mustahil Mydin nak tukar nama kerana jenama Mydin tu dah betul-betul melekat di hati rakyat Malaysia. Bukan sahaja untuk membeli kelengkapan rumah tapi dah boleh jadi tempat ‘lepak’ seisi keluarga setiap hujung minggu.

Pasaraya Mydin cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti parkir kereta yang luas, surau yang selesa, tempat membeli-belah yang bersih serta staf yang sentiasa membantu pelanggan ketika dalam kesulitan.

Setakat ini, Mydin memiliki 65 cawangan seluruh negara termasuk 28 Pasaraya Mydin, 17 Mydin Emporium, 3 Mydin Bazaar, 3 Mydin Francais, 5 kedai serbaneka yang beroperasi sebagai Mymart, 7 Mydinsupermarket dan 2 stor premium yang dikenali sebagai SAM’S Grocery.

Jadi sekarang dah tahu kan kenapa Mydin bertukar jadi Mydad? Jadi, tak perlu panik. Mydin tetap Mydin.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.