Siakap Keli
Gambar via Bangkok Post

Thailand Lulus Pemberian Vaksin Dos Penggalak Covid-19 Setiap Empat Bulan

Kementerian Kesihatan Awam Thailand telah meluluskan pemberian suntikan vaksin dos penggalak tambahan terhadap virus Covid-19 setiap empat bulan bagi mereka yang telah menerima tiga dos suntikan.

Dr Opas Karnkawingpong, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) berkata, jawatan kuasa kecil DDC komited dalam mempromosi imuniti penyakit dengan memetik data yang menunjukan tahap imunisasi menurun tiga hingga empat bulan selepas vaksinasi.

Katanya, golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas 60 tahun ke atas, wanita hamil dan mereka yang menghidapi penyakit kronik boleh mendapatkan dos penggalak setiap empat bulan mengikut keperluan.

Selain itu, mereka yang dalam perancangan untuk melancong ke luar negara atau terdapat imuniti terjejas dinasihatkan untuk melakukan perkara yang sama.

Kajian Dr Kulkanya, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Siriraj dan Dr Yong, Ketua Pusat Kecemerlangan Virologi Klinikal di Universiti Chulalongkorn mengesahkan bahawa dos pertama Sinovac diikuti dengan Pfizer boleh meningkatkan imuniti terhadap Covid-19 dalam kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun.

“Keputusan Jawatankuasa Kecil telah telah meluluskan suntikan vaksin Moderna kepada kanak-kanak dengan dos rendah atau 25 mikrogram kepada mereka yang berumur enam hingga 11 tahun.

“Jurang untuk setiap suntikan haruslah empat hingga 12 minggu,” kata Dr Opas, lapor Bangkok Post. 

Mereka juga berkata, kepada mereka yang telah menerima vaksin Covid-19 boleh juga lakukan suntikan vaksin lain pada hari yang sama.

Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk vaksin virus vektor yang memerlukan sekurang-kurangnya sebulan jarak masa kerana ia menggunakan virus hidup untuk membawa DNA ke dalam sel manusia, suntikan serentak akan mengurangkan keberkesanannya.

Sumber: Bankok Post

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.