Siakap Keli
Sumber: Daily Star

Ambil 30,000 Kalori Sehari, Lelaki Obes Miliki Berat Badan Sama Seperti Van Mini

Kenneth Brumley, 40, menjadi terkenal selepas muncul dalam satu dokumentari di Youtube bertajuk 4 Half-Ton Dad. Dia terkenal kerana memiliki berat badan seberat 463 kg, seperti van mini sehingga tidak boleh berjalan dan membersihkan diri sendiri.

Di dalam dokumentari tersebut, anggota bomba diperlukan untuk membantu mengangkatnya selepas didapati terbaring di atas lantai rumah selepas katil yang didiaminya selama ini runtuh akibat tidak lagi mampu menampung berat badannya.

Difahamkan dia tidak dapat bangun atau bergerak kecuali pergerakkan minima bahagian kepada dan lengan. Keadaan itu menyebabkan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya sendiri untuk tempoh lebih empat tahun.

Saiz badannya itu dikategorikan seperti van mini kerana dia langsung tidak muat untuk melalui mana-mana ruang pintu di rumahnya. Akibatnya, pasukan perkhidmatan kecemasan terpaksa memecahkan dinding di bahagian garaj untuk mengusungnya ke hospital berdekatan.

Pasukan penyelamat menggambarkan keadaannya ketika ditemui seperti seorang bayi yang besar. Mereka juga bimbang, jika tersilap langkah ketika menguruskannya, Kenneth mungkin berisiko terkena serangan jantung.

Kini, dia berada di bawah penjagaan perubatan sepanjang masa dengan memulakan proses rawatan yang sangat panjang serta menyakitkan. Hal ini bagi memulihkannya kesan daripada pengambilan makanan berlebihan selama beberapa dekad yang lalu.

Pengambilan makanan yang diambil dianggarkan kira-kira 30,000 kalori setiap hari. Jumlah tersebut merupakan jumlah yang diperolehi bagi orang biasa selama dua minggu.

Kenneth pernah menjadi seoang atlet yang mempunyai potensi tinggi sehinggalah obsesi terhadap makanan bermula pada lewat usia remaja mengubah perjalanan hidupnya.

Selepas berpindah dari Texas ke California tidak lama selepas itu, dia mendapati ketagihannya itu bertambah teruk apabila dia terlibat dengan pelbagai kumpulan jalanan.

“Kami sentiasa makan makanan segera, seperti kentang goreng cili bersama keju untuk sarapan pagi,” katanya, mengakui sering memakan tiga hamburger dan dua liter soda dalam satu sesi.

”Saya hanya akan duduk di atas katil, menonton televisyen dan makan, hari demi hari, tiada yang lain.

“Jika saya berpeluang untuk kembali, saya tidak akan melakukannya lagi.” tambahnya.

Brumley kemudian dilaporkan menjalani pintasan gastrik dan menerima rawatan selama 365 hari di hospital, sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Sumber: Daily Star

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.