Siakap Keli

Bayi Dalam Fasa ‘Mengutip’ Benda, Ibu Panik Jari Anak Bengkak Teruk Terbelit Rambut Gugur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebiasaanya manusia memang tidak pernah lari dengan masalah keguguran rambut, baik lelaki mahupun perempuan. Namun, masalah rambut keguguran ini mungkin perlu diberi perhatian oleh ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, apatah jika sedang mula belajar mengutip apa sahaja yang ditemuinya di atas lantai rumah.

Menerusi satu perkongsian oleh Fatimah Az Zahra di Facebook miliknya, dia telah menceritakan mengenai kisah yang berlaku kepada anaknya sendiri iaitu detik ketika jari anaknya terlilit rambutnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Kisah yang berlaku ini mungkin julung kali didengari, namun wajar untuk setiap ibu bapa mengambil cakna supaya perkara yang terjadi tidak berlaku di kemudian hari lagi.

Menurutnya, anaknya telah dimasukkan ke dalam wad akibat terlilit sehelai rambut dijarinya. Difahamkan, kulit dijarinya serta sedikit isi perlu dipotong untuk menanggalkan belitan rambut yang terikat sangat ketat itu. Rambut yang terikat dijari anaknya itu kelihatan sudah terbenam ke dalam kulit.

Bagi ibu yang mempunyai masalah keguguran rambut, sentiasalah rajin melihat tangan anak. Lebih-lebih lagi, anak yang sedang berada di dalam fasa mahu memegang semua benda yang dilihatnya. Hal ini bagi mengelakkan kemalangan seperti di atas berlaku dan boleh menyebabkan anak anda mengalami kecederaan yang tidak diingini.

Dia menjelaskan bahawa anaknya itu langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kesakitan seperti menangis serta tidak mengalami demam sehinggalah dia menyedari sendiri perubahan pada jari anaknya.

Lanjutan daripada itu, anaknya difahamkan telah dibenarkan keluar daripada hospital pada 18 Jun. Doktor yang mengendalikan kes tersebut menjelaskan berkemungkinan akan membuat pemedahan kerana gusar jika masih ada rambut atau benang di dalam kulit tersebut.

Bagaimanapun, tiada pembedahan lanjut yang perlu dilaksanakan dan doktor hanya meminta siibu untuk memantau perkembangan pada jari anaknya.

Fatimah Az Zahra mengatakan, menurut doktor, kalau boleh sewajarnya tidak mahu untuk membuat pemedahan kerana anaknya masih lagi baru berusia empat bulan. Walaubagaimanapun, anaknya itu masih lagi mempunyai temu janji bersama doktor pakar.

Sejajar dengan itu, dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan anaknya itu.

Sumber: Fatimah Az Zahra

 

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.