Seorang wanita didakwa kerana mengaku telah mengupah lelaki bersenjata membunuh suaminya yang dipercayai seorang ‘playboy’ memaklumkan kepada pihak polis bahawa lelaki berkenaan banyak berurusan dengan perempuan dan sering menderanyan secara fizikal.
Menurut laporan, Polis Bahagian Penindasan Jenayah Ekonomi telah menahan suspek di hadapan sebuah kedai urut di Thai Na Suksabai, Bang Khen, Bangkok pada Selasa lalu.
Suspek telah ditahan dengan waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Chaiya di wilayah Surat Thani. Dia didakwa kerana menjadi dalang pembunuhan suaminya, mencuri dan melanggar Akta Senjata Api.
Semasa disoal siasat, suspek berkata dia telah tinggal bersama suaminya selama 11 tahun dan telah banyak berubah. Suaminya juga mempunyai hubungan dengan wanita lain. Lebih teruk lagi, wang gaji yang diperolehinya juga diberikan kepada wanita itu.
Apabila dia mendapat tahu hal tersebut, mereka bertengkar dan kerap kali juga dia mendera suspek secara fizikal.
Menurut Bangkok Post, dia juga memaklumkan bahawa suspek sangat sayang pada suaminya, namun dicengkam rasa takut dan risau mungkin akan dibunuh olehnya suatu hari nanti.
Oleh itu, dia mengupah seorang lelaki bersenjata untuk membunuhnya terlebih dahulu dengan bayaran sebanyak RM12,000.
Selain membunuh suaminya, lelaki upahan tersebut juga didakwa telah mencuri seutas rantai emas miliknya dan juga pistol mangsa.
Sumber: Bangkok Post