Siakap Keli

Hamil Anak Kembar Tapi Diuji Keguguran Satu Kantung, Wanita Pasrah & Tanya “Apa Cara Nak Damaikan Hati”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Zuriat dari sebuah mahligai perkahwinan sememangnya yang paling dinantikan oleh mereka yang bergelar suami dan isteri. Seorang anak dalam adalah pelengkap bagi sebuah rumah tangga yang dibina sebagai bukti cinta mereka. Bagaimanapun, ada juga yang diuji dengan kesedihan selepas kebahagiaan, misalnya dapat khabar gembira hamil anak kembar, namun diuji pula dengan keguguran satu kantung.

Apa yang kita semua perlu fahami, anak juga sebenarnya adalah satu bentuk rezeki pemberian Tuhan dan ia adalah ketentuan Maha Pencipta. Maka, ada diantara pasangan yang masih belum diberikan rezeki anak waima telah berkahwin berpuluh-puluh tahun. Semuanya adalah rahsia Tuhan yang tidak mampu kita jangka.

Begitu juga kisah duka dan kesedihan yang menimpa hamba Allah ini yang dipercayai telah mengalami keguguran kandungan dikongsikan menerusi akaun TikTok miliknya, Kasih Laura.

Menurutnya ketika dihubungi, keguguran itu berlaku kerana beliau jatuh ketika berada di dalam bilik air.

“Apa cara terbaik untuk mendamaikan hati?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, difahamkan beliau mengandungkan anak kembar dan akhirnya ditimpa musibah dengan keguguran oleh doktor dan dimasukkan ke dalam ward selama seminggu untuk mengeluarkan ‘kantung’ yang telah jatuh.

Bagai jatuh ditimpa tangga, wanita ini sekali lagi ditimpa musibah setelah dua minggu kemudian dengan perkhabaran bahawa rupa-rupanya beliau mempunyai satu lagi kantung ekoran ujian UPT masih menunjukkan positif, namun ia berada di luar rahim yang juga terpaksa untuk melakukan pembedahan.

Kehilangan satu sahaja pun telah perit rasanya, ini kan pula hilang ketiga-tiga bayi yang masih dalam kadungang. Lebih merengut jiwa, itu adalah kehamilan kali pertama wanita ini.

“Akhirnya kena buat pembedahan juga, tiadalah dayaku ya Allah, melainkan pasrah kepadamu,” tulisnya menerusi video tersebut.

Untuk kisah penuh, anda boleh tonton video yang telah kami sertakan di bawah. Sama-sama kita doakan beliau diberikan kekuatan dan diperkenankan harapan untuk menerima zuriat kelak.

@kasihlauraaaa

Apa cara terbaik untuk mendamaikan hati ? #misscarriageawareness

♬ suara asli – jutekkubandung🇮🇩 – jutekkubandung🇮🇩

BACA: Kajian Dapati Rata-rata Orang Memerlukan RM 44 Juta Untuk Kehidupan Ideal

Sumber: Kasih Laura (TikTok)

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: