Sebuah syarikat di Jepun, Kokenawa Inc, telah menghasilkan sebuah tandas mudah alih terkecil di dunia yang digelar Pocketoilet.
Ciptaan tersebut adalah penyelamat yang benar-benar mudah digunakan jika anda mahu membuang air kecil dengan segera.
Jika seseorang perlu pergi ke tandas, mereka akan mencari dan pergi menunaikan hajat. Tetapi bagaimana jika tiada tandas yang berdekatan untuk dipergi?
Selain daripada kemudahan tandas yang tidak mencukupi dan tandas yang tidak bersih, kawasan-kawasan yang dilanda peperangan dan tempat yang terjejas akibat bencana alam juga turut sukar untuk dijumpai sebuah tandas.
Dengan itu, terciptalah Pocketoilet yang berukuran 7 cm tinggi dan 6.5 cm lebar untuk satu paket yang boleh dimuatkan dalam mana-mana poket atau dompet.
Yoshinori Kokenawa, 30, pengasas Kokenawa Inc., telah mendapat inspirasi untuk mencipta Pocketoilet pada tahun 2019 ketika dia sedang menjadi sukarelawan di Bandar Nagano akibat taufan hagibis.
Antara perkara pertama yang diperhatikan ialah barisan orang ramai yang panjang menunggu di hadapan tandas mudah alih yang disediakan.
Menurut Kokenawa, walaupun orang ramai bekerja sepantas yang mereka boleh untuk memulihkan kawasan itu, mereka terpaksa beratur 30 minit atau lebih setiap kali mereka mahu menggunakan bilik air.
“Saya mahu melakukan sesuatu mengenai perkara ini.” tambahnya.
Pada Disember 2020, syarikat tersebut telah melancarkan Pocketoilet, tandas mudah alih kecil itu yang boleh digunakan hampir di mana-mana sahaja.
Di dalam Pocketoilet tersebut mempunyai beg yang diperbuat daripada gentian khas tahan lama dan satu paket koagulan. Ianya boleh dilekatkan pada tempat duduk tandas atau tong sampah.
Syarikat tersebut juga telah membuat ujian terhadap produk tersebut yang mana tiada bau yang akan tersebar keluar dari beg apabila dibiarkan di dalam sebuah rumah dengan najis itu selama seminggu.
“Ia boleh dimuatkan walaupun dalam beg solek wanita, jadi kami berharap orang ramai akan membawanya dengan mudah,” kata Kokenawa.
Difahamkan syarikatnya setakat ini telah menjual kira-kira 50,000 Pocketoilet itu juga telah menderma 6,000 Pocketoilet kepada negara Ukraine yang dilanda perang.
Sumber: odditycentral