Menurut penyelidikan yang dikendalikan oleh ahli psikologi baru-baru ini, rata-rata kebanyakan orang mendakwa mereka memerlukan RM 44 juta untuk menjalani kehidupan yang ideal. Bagaimanapun, bagi sesetengah warga Amerika mereka berkata bahawa RM 440 juta hingga RM 440 bilion cukup untuk menjalani kehidupan yang benar-benar selesa.
Kajian baharu itu diketuai oleh ahli psikologi Universiti Bath, Bath Spa dan Exeter di England yang mendapati bahawa kebanyakan orang berkata mereka akan gembira dengan memiliki beberapa juta sahaja, berbanding jangkaan awal yang beranggapan bahawa semua individu mahu menjadi super kaya.
Menurut kajian yang melibatkan 8000 orang dari serata dunia itu mendapati di 86% negara, majoriti berpendapat mereka boleh mencapai kehidupan impian mereka dengan RM44 juta atau kurang.
Sementara itu, di Argentina, India dan Rusia lebih daripada 50% orang berkata mereka hanya memerlukan RM4 juta atau kurang.
Walaubagaimanapun, di Amerika Syarikat pula majoriti orang mengatakan mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM44 juta atau lebih untuk menjalani kehidupan yang ideal, dengan 31.7% (tindak balas paling popular) mengatakan bahawa mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM440 bilion.
Dr Paul Bain, penyelidik utama dan pembaca di Jabatan Psikologi, Universiti Bath berkata, walaupun angka dalam maklum balas tipikal kedengaran seperti banyak, “apabila mengambil kira bahawa angka-angka tersebut mewakili kekayaan ideal yang diperlukan seseorang sepanjang hidupnya, ia sebenarnya agak sederhana”.
“Ideologi kehendak tanpa had, apabila digambarkan sebagai sifat manusia, boleh mewujudkan tekanan sosial untuk orang ramai membeli lebih daripada yang mereka mahukan,” katanya.
Kehidupan ideal kebanyakan orang sebenarnya agak sederhana berupaya memudahkan orang ramai untuk berkelakuan dengan cara yang lebih sejajar dengan perkara yang membuatkan mereka benar-benar gembira dan menyokong dasar yang lebih kukuh untuk membantu melindungi planet ini.
Dapatan kajian itu juga sebenarnya satu peringatan kerana pendapat kebanyakkan orang tidak menggambarkan polisi yang membenarkan pengumpulan harta secara berlebihan oleh sekumpulan kecil individu.
BACA: Anak Lahir Di ‘Langit’, Wanita Bersalin Dalam Pesawat Royal Brunei Airlines
Sumber: The Guardian