Korea Utara dilaporkan sedang menangani wabak penyakit usus yang masih tidak dapat dikenal pasti, menambahkan lagi ketegangan yang disebabkan oleh penyebaran Covid-19.
Pemimpin negara tersbeut, Kim Jong-un telah mengarahkan tindakan kuarantin segera dilaksanaka, lapor agensi berita rasmi KCNA.
Difahamkan, mereka juga telah menghantar ubat-ubatan ke bandar Haeju pada hari Rabu lalu untuk membantu para pesakit yang menderita wabak ‘enterik akut’. Pakar kesihatan mendakwa bahawa ia mungkin adalah tifoid atau taun.
Korea Utara juga telah mengisytiharkan darurat pada bulan Mei lalu selepas jutaan rakyat mereka telah dilaporkan demam , dipercayai berpunca dari varian Covid-19 yang masih belum diuji.
Laporan mengenai bilangan orang yang terjejas dengan wabak tersebut masih belum diketahui, namun ia merujuk kepada saluran gastrousus.
“Penekanan terhadap membendung wabak tersebut akan segera dilaksanakan dengan rapi bermula dengan kuarantin untuk menghalang dari ia terus tersebar ke seluruh negara, kes telah disahkan menerusi pemeriksaan epidemiologi dan ujian saintifik,” kata KCNA, lapor BBC.
Seorang pegawai di Kementerian Penyatuan Korea Selatan berkata bahawa kerajaan mengesyaki wabak tersebut adalah dari kolera atau kepialu.
Wilayah Hwanghae, dimana terletaknya daerah Haeju, adalah wilayah pertanian utama di Korea Utara dan wabak ini boleh menyebabkan masalah kekurangan makanan yang agak meruncing di negara itu semakin teruk.
Pyongyang telah mengumumkan jumla pesakit yang demam, namun, difahamkan negara tersebut mengalami kekurangan alat ujian Covid.
Menurut laporan, seramai 26,010 telah dilaporkan mengalami simptom demam pada Khamis dengan jumlah pesakit demam yang dikerekodkan di seluruh negara hampir 4.56 juta.
Angka kematian yang dikaitkan dengan wabak itu pula ialah seramai 73 orang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang dengan keadaan tersebut yang mungkin akan bertukar lebih teruk.
Difahamkan, Korea Utara mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang teruk dan baru-baru telah menolak tawaran antarabangsa untuk melaksanakan suntikan vaksin untuk penduduk mereka.
Sumber: BBC