Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjadi bualan hangat di media sosial selepas terjatuh ketika tunggang basikal di taman berdekatan rumahnya di Rehoboth Beach, Delaware, semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja, lapor CNN.
Pegawai Rumah Putih berkata Biden tidak memerlukan bantuan perubatan kerana beliau berada dalam keadaan baik.
“Seperti yang diberitahu oleh Presiden, kakinya tersangkut pada pedal semasa ingin turun dari basikal dan dia baik-baik saja.
“Tiada rawatan perubatan diperlukan, Presiden tidak sabar-sabar untuk menghabiskan sepanjang hari bersama keluarganya,” kata pegawai tersebut.
Difahamkan, Biden terjatuh ketika dia selesai menunggang bersama isterinya, Jill Biden.
Dalam video yang tular, beliau dilihat mengayuh basikal ke arah orang ramai yang berkumpul di kawasan berdekatan.
Ketika berhenti, kakinya kelihatan tersangkut pada pedal semasa cuba turun.
“Kaki saya tersangkut, saya okay,” kata Biden kepada wartawan.
Dalam pada itu, orang ramai bertepuk tangan apabila beliau yang berusia 80 tahun itu bangun semula.
Malah, beliau dilihat sempat berbual dengan orang ramai yang berada di situ selama beberapa minit.
Keluarganya menghabiskan hujung minggu yang panjang di rumah mereka di Rehoboth Beach. Ia sekaligus untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-45.
DOWN GOES BIDEN pic.twitter.com/yxHhRWOJyC
— Barstool Sports (@barstoolsports) June 18, 2022
Sumber: CNN