Siakap Keli
adibah noor
Gambar: AWANI/BERNAMA

Jenazah Adibah Noor Ke Tanah Perkuburan Diiringi Ratusan Individu

Jenazah arwah Adibah Noor dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan selepas selamat disembahyangkan di Masjid Al-Ansar sebentar tadi.

Menurut laporan semasa AWANI dan BERNAMA, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Keramat hari ini.

 

 

Pemergian arwah yang pulang ke Rahmatullah hari ini sangat mendapat perhatian ramai, khususnya pihak media, ahli keluarga dan orang awam.

Menurut laporan ringkas AWANI sebentar tadi, suasana di tanah perkuburan itu agak tidak lengang dengan kunjungan ramai pihak.

Difahamkan, kira-kira ratusan individu hadir ke sana bagi mengiringi dan menyaksikan pengebumian jenazah arwah,

 

Sebelum itu, ketika sekitar proses solat jenazah dilakukan, wakil keluarga memohon kepada orang awam agar memaafkan salah silap yang mungkin pernah dilakukan arwah.

Memetik laporan ringkas AWANI, wakil keluarga itu juga turut memohon agar orang awam yang mengenalinya menghalalkan segala urusan sepanjang arwah hidup.

 

Terdahulu, majlis bacaan Yaasin turut dianjurkan oleh pihak Masjid Al-Ansar, Taman Keramat yang menjadi tempat persinggahan terakhir arwah.

Laporan ringkas dari semasa ke semasa dimuat naik oleh pemberita AWANI dan BERNAMA di lokasi kejadian.

Imbas kembali, arwah disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam, 18 Jun 2022 semalam di Hospital Gleaneagles.

Sumber: AWANI melalui Twitter Firdaus Azli

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?