Masjid Al-Ansar yang terletak di Taman Keramat, Kuala Lumpur menjadi tempat persinggahan terakhir buat jenazah arwah Adibah Noor pagi ini.
Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi dan pelakon terkenal tanah air negara, Adibah Noor akibat kanser ovari tahap empat.
Difahamkan jenazah arwah telah dibawa ke Masjid-Al Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur pagi ini untuk proses dimandikan dan pengebumian.
Sementara itu, pengurusan Masjid-Al Ansar turut menganjurkan bacaan Yassin untuk pemergian Allahyarhamah sekitar jam 9.30 pagi tadi.
Kenderaan yang membawa jenazah penyanyi Adibah Noor Mohamed Omar tiba di sebuah masjid kira-kira jam 9.20 pagi.
📹 Alya Nadiah/BERNAMA pic.twitter.com/0MnVO3riSg— BERNAMA (@bernamadotcom) June 19, 2022
Semasa majlis bacaan Yassin itu, turut kelihatan kelibat ayah arwah, Mohamed Omar di masjid berkenaan.
Difahamkan, jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sekitar jam 10:30 pagi ini.
Laporan ringkas dari semasa ke semasa dimuat naik oleh pemberita AWANI dan BERNAMA di lokasi kejadian.
Imbas kembali, arwah disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam, 18 Jun 2022 semalam di Hospital Gleaneagles.
Sementara jenazah #AdibahNoor sedang dimandikan, pengurusan Masjid Al-Ansar menganjurkan bacaan Yassin untuk Allahyarhamah. @501Awani pic.twitter.com/bWYhuoBhWu
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Sebagai ibu atau bapa, pasti tidak mahu melihat anak pergi meninggalkan dunia terlebih dahulu.
Kelihatan ayah kepada Allahyarhamah #AdibahNoor, Pakcik Mohamed Omar di Masjid Al-Ansar menyertai bacaan Yassin untuk anaknya. #MengenangAdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/wSnQUP0IAn
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 19, 2022
Sumber: AWANI / BERNAMA