Satu video yang memaparkan seorang wanita menjumpai tiga ekor anak kucing yang didakwa dibuang dan terikat dalam sebuah guni telah menjadi tular di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @memomedsos, wanita itu dengan pantas terus membuka guni tersebut dan membebaskan kucing-kucing itu sejurus selepas mendengar tangisan anak kucing berkenaan.
Kucing-kucing tersebut memiliki warna yang berbeza, iaitu dua ekor berwarna hitam dan seekor lagi berwarna oren.
Pemilik akaun turut mendakwa bahawa kucing itu sengaja dibuang oleh pemiliknya.
Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi negatif daripada netizen kerana mereka beranggapan bahawa tindakan itu sebagai sebuah perbuatan yang kejam.
Hal ini kerana, menurut mereka, sekiranya kucing itu tidak lagi diinginkan, pemiliknya boleh sahaja membuang kucing-kucing tersebut di pasar atau kedai makan.
“Letak sahajalah di kedai makan atau pasar yang senang untuk dia cari makanan,” ujar warganet.
Namun, tindakannya yang tergamak memasukkan kucing-kucing tidak bersalah itu dalam sebuah guni lalu diikat seolah-olah memiliki niat untuk membunuh.
“Kalau tak suka atau banyak sangat kucing dekat rumah, janganlah buang dengan cara macam ini. Macam nak bunuh kucing,” tulis seorang netizen.
Video tersebut telah mengundang perasaan kesal dan sedih dalam diri netizen, terutamanya bagi mereka yang mencintai haiwan berbulu itu.
Tidak dapat dipastikan di mana dan bilakah kejadian tersebut berlaku. Namun video penemuan tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 2 ribu tanda suka.
View this post on Instagram
Sumber: Portal Pekalongan