Siakap Keli
kerugian dalam pelaburan kripto
Gambar Via The Thaiger/ Nation Thailand

Tertekan Kerana Rugi Dalam Pelaburan Kripto, Lelaki Nekad Rompak Kedai Emas

Gara-gara mengalami kerugian dalam pelaburan kripto, seorang lelaki di Thailand dilaporkan nekad menyamun sebuah kedai emas dalam kejadian pada Sabtu, lapor Nation Thailand.

Pihak polis berkata suspek mengaku melakukan rompakan itu kerana tekanan yang disebabkan oleh kerugian dalam pelaburan kripto.

Difahamkan, rompakan itu telah berlaku di kedai emas Buan Lee di Jalan Chakkrahet di daerah Phra Nakhon, Bangkok.

Dalam kejadian tersebut, suspek dipercayai telah menyerbu masuk ke dalam kedai emas itu dengan menutup wajahnya menggunakan pelitup muka sebelum mengeluarkan pistol daripada beg galasnya dan terus mengacunya ke arah pelanggan serta pekerja.

Pemilik kedai emas itu, Kornrawik Wangcharoenrung berkata pekerjanya dan beberapa orang pelanggan dengan cemas terus berlari ke ruang belakang kedai.

Suspek kemudiannya telah mengambil beberapa utas rantai emas dipercayai bernilai sehingga 2 juta baht (RM249,235) dan terus melarikan diri.

Dua daripada rantai itu dipercayai telah ditemui di kaki lima berhampiran kedai tersebut.

Menurut laporan, suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki motosikal tetapi pihak polis berjaya mengesannya melalui rakaman CCTV.

Mereka telah menahan suspek pada Ahad dan membawanya ke kedai emas tersebut untuk melakonkan semula jenayah yang dilakukannya.

Sementara itu, pasaran mata wang kripto telah merosot sejak minggu lalu dengan pelabur mengalami kerugian yang dianggarkan sehingga AS$1.5 trilion di seluruh dunia.

Sumber: Nation Thailand

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.