Siakap Keli
bugatti ronaldo
Gambar: Google

Bugatti RM9 Juta Milik Ronaldo Yang Dipandu Pekerjanya ‘Barai’, Tak Sengaja Rempuh Dinding

Sebuah kereta mewah jenama Bugatti milik bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan di Sa Coma, Majorca, Sepanyol, semalam.

Memetik laporan Economic Times, kereta Bugatti Veyron yang dibeli pada 2018 itu telah dipandu oleh pekerja Ronaldo.

Difahamkan, pekerja itu telah merempuh tembok di pusat peranginan pantai timur Sa Coma.

Dia yang berseorangan ketika kejadian dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, kereta mewah bugatti milik Ronaldo yang bernilai $1.7 juta (RM9.1 juta) itu mengalami kerosakan yang teruk dalam nahas tersebut.

Polis kini dipercayai sedang menyiasat mengenai nahas itu namun belum ada sebarang kenyataan dibuat mengenainya.

Sementara itu, Ronaldo dan keluarganya telah tiba di Majorco pada 14 Jun lalu dengan membawa sekali bersama kereta tersebut dan Mercedes-Benz G-Class miliknya.

Pemain berusia 37 tahun itu telah menyewa sebuah rumah mewah di kaki Pergunungan Tramuntana.

Ini merupakan percutian pertamanya dan teman wanita bersama anak kecil mereka, Esmeralda yang dilahirkan pada pertengahan April lalu.

Terdahulu, pasangan itu meluahkan rasa sedih apabila kembar kepada Esmeralda telah meninggal dunia ketika dilahirkan.

“Dengan kesedihan yang mendalam, kami ingin mengumumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia.

“Ia adalah kesakitan paling hebat yang boleh dirasai oleh mana-mana ibu bapa,” kata pasangan itu dalam satu perkongsian di Instagram.

BACA: Cristiano Ronaldo Berduka, Bayi Lelaki Baru Lahir Meninggal Dunia

Sumber: Economic Times

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.