Seorang wanita warga Singapura yang tinggal di Melbourne, Australia dilaporkan melecur tahap pertama dan kedua pada bahagian tangan selepas pengecas telefon miliknya terbakar ketika sedang digunakan.
Berita Harian Shin Min (SMDN) melaporkan bahawa wanita berusia 51 tahun itu sedang melakukan penggilan video dengan rakannya dan menyedari bahawa bateri telefonnya hampir habis.
Oleh itum dia mengecas telefon dan meletakkan di atas sofa sebelum pengecas tersebut tiba-tiba meletup dan terbakar. Dia bercerita secara visual bagaimana dia menggunakan tangan cuba untuk memadamkan api pada lengan baju sejuknya.
Dalam keadaan panik, dia mula menggunakan cadar kemudian membalut telefon bimbitnya dan mengambil botol berisi air untuk memadamkan api tersebut..
Memandangkan barang elektronik itu masih terbakar, dia angkat bungkusan tersebut dan campakkan ke dalam bilik api sebelum menghidupkan pancuran mandian dan arahkan kepala pancuran ke bahagian yang terbakar untuk padamkan api.
Hanya selepas kebakaran itu berjaya dipadamkan, dia menyedari bahawa terdapat kesan melepuh dan dipenuhi dengan gelembung air pada tangan kirinya. Anaknya telah sapukan ubat sementara untuk mendapatkan rawatan keesokan harinya.
“Doktor memberitahu saya bahawa tangan ini telah mengalami luka terbakar tahap pertama dan kedua. Tangan saya masih dibalut dan perlu tunggu sehingga kecederaan beransur pulih.
“Saya perlu meneruskan pemerhatian untuk melihat sama ada terdapat sebarang jangkitan buat masa ini dan perlu menunggu sehingga lepuh berkurangan jika tiada jangkitan.
“Tangan saya melecur namun syukur kerana muka dan rambut saya tidak terjejas. Jika tidak, kecederaan saya akan jadi lebih teruk,” jelasnya, lapor Mothership.
Dia juga mengaku bahawa bimbang dengan apa yang berlaku pada sofa dan lebih parah jika keseluruhan apartmen akan terjejas jika berlaku kebakaran tersebut.
BACA: Elak Bergaduh, Lelaki Belanja RM 50 Ribu Belikan Hadiah Sama Untuk Lapan Isteri
Sumber: Mothership