Penjualan berterusan Bitcoin bermula dari Khamis hingga Sabtu menyaksikan kerugian terburuk yang pernah dicatatkan oleh matawang kripto terbesar dari segi modal pasaran itu, dengan pelabur merekodkan kerugian lebih RM 32 bilion.
Kira-kira 555,000 Bitcoin telah didagangkan dalam julat harga antara RM 79,164 hingga RM 101,154 dalam tempoh tiga hari tersebut, dengan rata-rata penjual sebenarnya membelanjakan lebih banyak wang ketika membeli matawang tersebut sebelum ini.
Secara keseluruhan, pelabur-pelabur ini mencatatkan kerugian dengan ada pelabur jangka panjang membayar sebanyak RM 306,462 ketika membuat pembelian pada 2018 dan menjual pada harga RM 79,164 dalam pasaran semasa Bitcoin.
“Hampir semua kohort dompet, daripada Shrimps hingga Whales, kini mengalami kerugian besar yang tidak terjangka, lebih teruk daripada Mac 2020. Kohort dompet paling tidak menguntungkan memegang 1-100 BTC,” lapor Glassnode.
Penganalisis mata wang kripto GlobalBlock, Marcus Sotiriou menjelaskan, Bitcoin mungkin menghampiri titik terendah sementara kerana mata wang kripto tersebut secara sejarahnya telah mencapai titik terendah apabila Peratusan Bekalan dalam Keuntungan (PSP)nya adalah 40% hingga 50%.
“Penting untuk mengambil perhatian apabila melihat data sejarah ini, bahawa Bitcoin tidak melalui tempoh inflasi yang berterusan,” kata Sotiriou dalam satu kenyataan.
“Kita mungkin semakin menghampiri paras terendah generasi apabila lebih banyak pembubaran paksa berlaku, tetapi tidak boleh yakin dengan aliran menaik yang berterusan sehinggalah inflasi menjadi perlahan” tambahnya.
Yuya Hasegawa, seorang penganalisis pertukaran mata wang kripto Jepun Bitbank, turut melihat lebih banyak potensi penurunan memandangkan PSP Bitcoin hanya sedikit melepasi 50%.
Mengikut laporan pada Isnin lalu, “Penurunan hujung minggu Bitcoin adalah, secara ringkasnya, tidak cukup mendalam,”
“Bitcoin masih mempunyai potensi untuk menurun tetapi jika PSPnya turun di bawah 50%, maka harga akhirnya boleh terus jatuh” katanya.
BACA: Guna Telefon Sambil Tengah Cas, Tangan Wanita Melecur Pengecas Terbakar
Sumber: decrypt