Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi marah seorang lelaki yang mengamuk parcel miliknya koyak dan rosak ditebuk selepas menerimanya daripada ‘posmen’.
Pasti ramai sebenarnya yang menyukai haiwan bernama kucing. Gelagat dan kelakuannya sering membuatkan kita tertawa terbahak-bahak.
Begitu juga, sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh sikompret menunjukkan gelagat seekor kucing berpakaian seperti posmen dimarahi ketika menghantar barang.
Dalam video itu, lelaki berkenaan sangat mengamuk gara-gara parcel miliknya sudah koyak ditebuk, malah berkali-kali berkata barang tersebut mudah pecah (fragile).
Pada awalnya disangka, kurier atau posmen yang menghantar parcel tersebut mungkin lelaki biasa. Namun rupa-rupanya, ia hanyalah seekor kucing Oyen.
Ketika baran lelaki itu sedang ‘menggelegak’, si posmen atau “courier Oyen” itu sebaliknya menunjukkan riak mukanya yang bersahaja walaupun dimarahi dan dimaki teruk
Kotak yang dibawa Oyen itu telah pun ditebuk pada bahagian atas. Sehubungan itu, lelaki itu tidak berpuas hati dengan penghantaran yang dibuat olehnya.
@sikompret Kasihan kang paketnya πππ#catslover #catstagram #viral
β¬ suara asli – sikompret – π¨ππ₯βπ’πΊπ§ππ©
“Tiada tanggungjawab langsung.
“Ini barang mudah pecah pak. Barang mudah pecah,” marah pelanggan di dalam video itu.
Video itu sememangnya telah ‘meletupkan’ ruangan komen yang dilontarkan oleh warganet di TikTok. Pelbagai komen yang mencuit hati diterbitkan dalam ruangan komen itu.
“Demi sekotak whiskes aku rela dimaki,” komen Dwi Indra.
“Dia menganjing la wei. Tak makan saman budak ni,” tulis RayaJom.
“Hahahaha. comel je muka dia kena maki,” ujar ainiyussnita.
Sementara itu, video itu telah mendapat lebih 15.1 juta tontonan dan 1.7 juta tanda ‘suka’ dengan 61.6 ribu komen daripada pelbagai pengguna TikTok.
Sumber: TikTok sikompret