Siakap Keli
Gambar via Utusan

Polis Tahan Lelaki Tular Baling Dipercayai Batu & Tendang Kucing, Dakwa Diri Alami Gangguan Emosi

Seorang lelaki dipercayai bertindak kasar terhadap dua ekor kucing dengan menendang dan baling dipercayai batu ke arahnya di kali lima sebuah bangunan kedai di Jalan Semeling Maju, Bedong, Kedah sekitar jam 1.09 minit pagi telah berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, tindakan lelaki berkenaan menendang dan baling dipercayai batu ke arah kucing tersebut telah dilaporkan kepada pihaknya sekitar jam 12.03 tengah malam pada 20 Jun 2022.

Tambah beliau, suspek yang berusia 27 tahun telah ditahan petang semalam di kediamannya di Kampung Pengkalan Merbik Bujang, Kedah, kira-kira pukul 1.29 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa dirinya mengalami gangguan emosi kerana tidak bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Utusan.

Menurut laporan hasil dari perbualan bersama ahli keluarga suspek, dia merupakan seorang pencinta haiwan tersebut dan mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaannya.

Difahamkan, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyelamatkan kucing yang dilaporkan diseksak oleh suspek untuk tujuan rawatan.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tindakan lanjut, suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret bagi tujuan permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah di Sungai Petani, hari ini, 21 Jun 2022.

“Saksi yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Faizal Mohamed Said di talian 013-7503680 bagi membantu siasatan”.

BACA: Anak Lahir Di ‘Langit’, Wanita Bersalin Dalam Pesawat Royal Brunei Airlines

Sumber: Utusan

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.