Satu gegaran gempa bumi bermagnitud 5.9 berlaku di Afghanistan hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 255 terkorban, selain ratusan lagi cedera, lapor AFP sebentar tadi.
Jurucakap kerajaan, Mohammad Naeem berkata, gempa bumi itu berpusat di wilayah Paktika di timur negara berkenaan hingga dirasai kira-kira 119 juta penduduk, merujuk SCMP.
“Berdasarkan maklumat, bilangan mangsa korban di wilayah Paktika dan Khost setakat ini mencapai kira-kira 255 orang, serta 500 lagi cedera,” katanya, memetik AFP.
#BREAKING Death toll from Afghanistan earthquake rises to 255: govt spokesman pic.twitter.com/Wf6QSSMC2A
— AFP News Agency (@AFP) June 22, 2022
Sementara itu, wakil penduduk di Paktika, Yaqub Manzor berkata, ramai mangsa terjejas di sana memerlukan bantuan luar.
Sementara itu, merujuk SCMP, gegarannya turut dirasai sehingga di ibu negara Pakistan, Islamabad dan tempat lain di wilayah timur Punjab.
Memetik Agensi Berita Bakhtar melalui SCMP, pasukan penyelamat sudah tiba di lokasi kejadian menggunakan helikopter untuk melakukan tindakan menyelamat.
Menurut ketua pengarah agensi berita itu, Abdul Wahid Rayan, sebanyak 90 rumah telah musnah di Paktika dan berpuluh-puluh orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.
Sementara itu, di wilayah jiran iaitu Khost, seramai 25 orang telah terbunuh dan 90 dibawa ke hospital.
“Angka kematian mungkin meningkat kerana beberapa kampung berada di kawasan perkampungan kecil dan ia akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan butiran.
“Gempa bumi itu telah menggegarkan empat daerah di wilayah Paktika yang mengorbankan dan mencederakan ratusan rakyat serta berpuluh-puluh rumah,” katanya, memetik SCMP.
Sementara itu, timbalan jurucakap Kerajaan Taliban memuat naik kenyataan, “Kami menggesa semua agensi bantuan menghantar pasukan ke kawasan itu dengan segera bagi mengelakkan bencana selanjutnya,”
Pusat Kajian Geologi United State (USGS) mengatakan gempa bumi itu hanya berskala 5.9 magnitud, manakala Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) dan Jabatan Meteorologi Pakistan masing-masing berskala 6.1.
#BREAKING: At least 280 people have been killed and more than 250 others injured in a result of an #earthquake in Paktika and Khost provinces on Tuesday night.
Local officials told pajhwok and gov run news agency BNA reported.#Afghanistan pic.twitter.com/htCcDTQKcu— Pajhwok Afghan News (@pajhwok) June 22, 2022
Sumber: South China Morning Post / AFP