Siakap Keli
harga RON97
Gambar Via Bernama

Harga RON97 Terus Meningkat, Kini RM4.84 Seliter

Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM4.83 kepada RM4.84 seliter berkuat kuasa dari 23 Jun ini sehingga 29 Jun 2022.

Menurut Kementerian Kewangan, harga bagi petrol RON95 dan diesel pula kekal, iaitu masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber: MOFMalaysia

Sofea Shahira

There's always another side to every story

" "