Siakap Keli
bunuh jiran sebab parking
Gambar: Google

Lelaki Dihukum Penjara Seumur Hidup, Bunuh Jiran Sebab ‘Parking’

ENGLAND – Seorang bekas tentera, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 38 tahun setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh jirannya kerana parking.

Lelaki berusia 35 tahun itu telah didapati bersalah membunuh sepasang suami isteri di rumah mereka di Norton Fitzwarren, Somerset dengan menggunakan keris istiadat ketenteraan miliknya pada November tahun lalu.

Kejadian tragis itu terjadi sewaktu anak-anak pasangan tersebut sedang tidur di tingkat atas.

Motif pembunuhan adalah disebabkan berlakunya pertengkaran mengenai tempat letak kereta yang telah diperuntukkan sejak enam bulan sebelumnya.

Mahkamah mendapati bahawa tertuduh telah melompat melintasi pagar untuk mendapatkan akses ke rumah pasangan tersebut beberapa saat sebelum berlakunya insiden itu.

Bekas Jurutera Diraja itu memasuki rumah dan menikam mangsa enam kali di dada dan bahu, sambil menjerit, “Mati awak, matilah, mati”.

Suami mangsa juga telah ditikam sebanyak enam kali dan ditemui oleh perkhidmatan kecemasan berhampiran dengan pintu belakang rumahnya.

Selepas pembunuhan itu berlaku, tertuduh, yang pernah berkhidmat di Afghanistan, terus menghubungi talian 999 dan mengaku telah menikam mereka.

“Saya berpusing-pusing sambil memegang pisau dan saya telah menikam mereka berdua”, ujar tertuduh.

Hakim Garnham berkata, pembunuhan ini telah mengakibatkan kematian dua ahli keluarga yang normal dan baik.

“Anda meninggalkan mangsa di atas lantai dalam keadaan berdarah sehingga mati, malah sewaktu kedua-dua anak mereka tidur di tingkat atas,” katanya.

“Tingkah laku ini menyebabkan mereka menjadi yatim piatu. Mereka telah ditidurkan pada malam itu oleh ibu bapa mereka dan mereka tidak akan berjumpa dengan mereka lagi. Kemudaratan yang kamu lakukan kepada dua kanak-kanak yang tidak berdosa itu tidak terkira.”

Puan Chapple digambarkan sebagai “seorang yang riang, penyayang dan indah di dunia” oleh ibunya, Ann Clayton.

Clayton berkata, “bagi seorang ibu, kehilangan anak adalah sesuatu yang menyakitkan dan tidak akan berkesudahan.”

Juri di Mahkamah Mahkota Bristol mendengar bahawa tertuduh telah menghadapi masalah dalam perkahwinannya, dan tidak sampai sejam sebelum dia menikam Chapples, isterinya telah minta untuk berpisah.

Semasa perbicaraan, tertuduh telah mengaku bersalah atas pembunuhan tanpa alasan demi mendapatkan pengurangan hukuman.

Dua pakar psikiatri forensik mendapati dia tidak mengalami sebarang psikosis atau gangguan tekanan atau trauma akut, tetapi hanya didiagnosis kemurungan ringan hingga sederhana.

Selepas tertuduh dijatuhkan hukuman, ibunya berdiri untuk memberikan kenyataannya dan menyalahkan sabitan anaknya atas kegagalan dua pakar psikiatri.

Dia mendakwa tidak sepatutnya ada perbicaraan dan rayuan atas kesalahan membunuh.

Tertudug didapati bersalah membunuh pada hari Jumaat 17 Jun.

Sumber: Sky News

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.