Syarikat pengeluaran kereta terkenal di Russia terpaksa mengeluarkan kenderaan tanpa beg udara (airbags) disebabkan oleh sekatan berikutan perang Ukraine, lapor NBC.
Difahamkan, kilang milik Avtovaz yang mengeluarkan kereta model Lada tidak dapat mengimport alat ganti yang paling penting disebabkan oleh sekatan tersebut.
Oleh itu, mereka terpaksa mencipta jenis kenderaan baru Lada Granta dengan hanya mempunyai alat ganti tempatan.
Kereta dengan empat pintu itu tidak lagi dilengkapi dengan sistem brek anti kunci, pengawalan kestabilan elektronik atau kekunci kecemasan pada tali pinggang keledar.
Keputusan Persekutuan Russia mengenai standard keselamatan yang telah dilonggarkan semula pada bulan Mei lalu tidak menyebut berkaitan beg udara serta keperluan lain yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sejak 1997, PBB telah meminta standard antarabangsa untuk pastikan pembuat kereta tidak korbankan keselamatan untuk menjimatkan kemudian dipasarkan kepada negara yang kurang kaya.
Ladas dihasilkan di Russia sejak zaman Soviet dan merupakan ikon ekonominya. Mereka juga mempunyai reputasi yang boleh dianggap sebagai murah, besar dan tidak boleh dipercayai. Selepas komunisme jatuh, Ladas terus lancarkan barisan pengeluaran dan kekal sebagai sebahagian besar pasaran kereta Russia.
Siaran akhbar oleh syarikat itu pada minggu lalu telah menggambarkan model Granta sebagai ‘kereta penumpang baharu yang paling berpatutan di pasaran Russia’.
Menurut sidang akhbar itu, mereka telah menambah baik reka bentuk dan tahap keselesaan dengan fungsi stering kuasa elektrik serta kuasa pada tingkap hadapan berserta penguncian tengah, namun tidak ada sebarang ciri keselamatan yang disebut oleh mereka.
Pengarah Russia dalam Majlis Keselamatan Negara menerusi pentadbiran Obama berkata ini jelas menunjukkan pihak kerajaan Russia benar-benar bersedia korbankan barangan berkualiti dan sistem keselamatan berpunca dari pencerobohan ini.
“Bagi pelanggan domestik dan luar negara, kami mahu ia kelihatan seolah-olah sekatan itu tidak memberi kesan ke atas kami, namun bergantung juga kepada cara berfikir dan andaian Kremlim oleh rakyat Russia,” jelasnya, lapor Insider.
Menurut Menteri kewangan G7 dan gabenor bank pusat berkata dalam satu kenyataan tahun ini bahawa sekatan barat ke atas Russia akan menyebabkan kerosakan jangka panjang terhadap ekonomi.
Selepas tragedi pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu, pemimpin Barat telah mengehadkan keluar masuk perdagangan, mengharamkan transaksi dengan bank pusat Russia dan telah menyekat akses kepada sistem pembayaran antarabangsa Swift.
BACA: 11 Pelajar Sekolah Henry Gurney Melaka Raih Keputusan Cemerlang SPM, Catat 5,6 & 7A
Sumber: Insider