Sebuah kedai makan di Taiwan menjadi tular di media sosial apabila memasang kain rentang yang memaklumkan bahawa pelanggan mereka yang berumur 18 tahun ke atas dilarang memanggil pemilik kedai di situ sebagai ‘Makcik’, lapor portal Mothership.
Kejadian itu menarik perhatian ramai sehinggakan ada yang sanggup datang di kedai tersebut hanya untuk mengambil gambar sahaja tanpa memesan makanan.
Gambar yang telah tular itu telah diambil oleh individu yang kebetulan singgah di kedai tersebut untuk memesan makanan.
“Makcik, saya ingin memesan sepotong ayam salai dengan bawang dan segelas susu sejuk,” ujar pelanggan itu.
Permintaan pelanggan tersebut dilaporkan tidak diendahkan.
Seorang pelanggan lain yang duduk di sebelahnya telah menunjukkan kain rentang yang tergantung di pintu masuk hadapan.
Kain rentang tersebut tertulis: “Untuk memastikan standard makanan yang dihidangkan, mereka yang berumur 18 tahun ke atas tidak dibenarkan memanggil pemilik kedai sebagai ‘Makcik’.”
Setelah mengambil perhatian tentang arahan di kain rentang itu, pelanggan tersebut telah mengemukakan satu lagi permintaan yang telah diubah semula bagi memastikan dia dapat memesan makanannya.
“Bos wanita yang cantik, saya ingin memesan sepotong ayam salai dengan bawang dan segelas susu sejuk,” ujarnya.
Pesanan tersebut barulah mendapat perhatian daripada pemilik kedai tersebut bersama dengan jawapan.
“Kain rentang itu dibuat untuk orang seperti anda,” ujar pemilik kedai tersebut.
Sumber: mothership.sg