Siakap Keli
tayar pancit
Gambar: Nashruddin Che Amat

Tayar Pancit, Kereta Tersadai Kat Gerik Pukul 3 Pagi, Abang Ni Datang Bantu & Ambil Upah RM20 Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan mengenai kejadian tayar kenderaan pancit atau rosak di tengah jalan.

Pasti ia antara detik cemas, lagi-lagi jika berlaku pada waktu lewat malam kerana tiada orang dan bantuan ‘tersedia’. Kedai pula sudah pasti sudah tutup.

Begitulah sedikit gambaran tentang pengalaman yang dilalui oleh seorang lelaki bernama Nashruddin Che Amat bersama isteri dan anak kecilnya sewaktu perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan.

Difahamkan, dua tayar keretanya pancit semasa terlanggar lubang di atas jalan. Tambahan pula, kejadian itu berlaku pada waktu malam dengan jarak 135 kilometer sebelum tiba ke destinasi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kisah ini, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Nashruddin Che Amat di laman Facebook miliknya di bawah.

Masih 135 km nak ke Pasir Mas

Gambar: Nashruddin Che Amat

12 Jun 2022 lebih kurang pukul 2 pagi atau 3 pagi, tayar kereta masuk lubang di Jalan Gerik-Jeli. Isteri dan anak (2 bulan) di dalam kereta terkejut.

Beranikan diri keluar tengok , rupanya tayar pancit depan dan belakang disebabkan jatuh dalam lubang. Berhentikan kereta di tepi jalan dahulu dan cuba minta bantuan kerana cuma ada 1 tayar spare.

Perjalanan masih 135 km nak kena Pasir Mas. Terpaksa balik ke Kelantan dengan segera kerana ibu mentua ada operation pagi tu.

Selepas tamat kerja pukul 4 petang, lepas Isyak bertolak dari Penang. Back to story tidak lama kemudian ada 1 kereta Waja berhenti, tanya kenapa. Saya bagitau keadaan sebab ada anak kecil,  kalau saya seorang memang tidur dalam kereta sampai esok.

Abang Azmi nama dia. Abang Azmi berhenti dan tolong disebabkan 2 tayar pancit. Abang Azmi pinjam 1 tayar dia. Dia buat dari A-Z. Rupanya dia memang buat kerja foreman ni.

Alhamdulillah, selepas siap tukar. Simpan barang semua. Saya tanya abang Azmi berapa ni. Awal tu abang Azmi tak mau ambik upah 1 sen pun. Lepastu saya pujuk dia juga, dia kata bagi la berapa pun. Dia kata RM20 pun jadi la.

Hampa rasa berbaloi ka nak bagi RM20, dia buat A-Z dekat Gerik. Pukul 3 pagi kalau dia kata RM100/RM200/RM300 ka saya bagi.

Gambar: Nashruddin Che Amat

Bukan nak bagitau duit banyak tapi lebih risaukan anak & bini. Lepastu, saya drive slow-slow dalam 50 kmh. Abang Azmi tu follow belakang sampai Hentian Titiwangsa.

Punya la takut kereta rosak lagi. Punya la baik hati. Allah hantar orang yang baik hati & prihatin untuk tolong kami. Pukul 10 pagi baru kami jumpa di Pasir Mas untuk serahkan balik tayar spare abang Azmi sebab abang Azmi otw pergi Pengkalan Chepa & Kuantan.

Abang Azmi ni tinggal dekat Butterworth. Dia buat repair-repair (foreman). Azmi (018-2464850).

InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi nanti. Terima kasih banyak dan tak terhingga dari saya.

Sumber: Facebook Nashruddin Che Mat

Muhd Iqbal

" "