Siakap Keli
Gambar: Bernama

UOB Malaysia Dan The FinLab Giatkan Transformasi Digital Bagi Usahawan Wanita Melalui Program Jom Transform

Kuala Lumpur, Malaysia, 20 Jun 2022 – UOB Malaysia dan The FinLab1 hari ini telah mengumumkan edisi Program Jom Transform2 yang keempat. Program tahun ini bertujuan untuk memperkasakan golongan wanita dalam mentransformasikan perniagaan mereka dengan menggiatkan usaha digitalisasi.

Program Jom Transform (JTP) dibangun khas bagi menyediakan khidmat nasihat serta bantuan berkaitan usaha digitalisasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Program tahun ini yang bertemakan ‘JTP: Edisi Usahawan Wanita’ (atau JTP: Womenpreneur Edition), bermatlamat untuk mendukung para usahawan wanita menerusi pelbagai penyelesaian digital yang mampu memacu produktiviti, menjimatkan kos serta meningkatkan pendapatan. JTP ini akan dijalankan secara maya di The FinLab Online3.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkongsi, “Usahawan wanita hanya mencakupi 20 peratus daripada PKS Malaysia4, dan kami melihat potensi dalam menyokong perniagaan berterajukan wanita yang mana ia boleh berkembang maju, khususnya dalam kegiatan e-dagang (e- commerce)5. Dan kerana ini pihak Bank telah mewujudkan ekosistem melalui Program Jom Transform untuk menghubungkan jalinan antara angkatan usahawan wanita dan membuka pintu mereka kepada peluang-peluang tersedia. Memandangkan keperluan perniagaan berkembang sejajar dengan realiti pasaran baharu, kami juga ingin menyediakan mereka dgn kaedah yang sesuai bagi meningkatkan kadar persaingan mereka di masa hadapan dalam dunia digital ini.”

Kohort JTP: Edisi Usahawan Wanita yang pertama akan menjalani kurikulum transformasi perniagaan selama tiga minggu melalui The FinLab Online bermula dari 28 Jun 2022. Selain dibekalkan dengan ilmu, kaedah dan kemahiran yang relevan untuk mendigitalkan perniagaan mereka, para peserta juga akan dibimbing oleh kumpulan pakar dan mentor dalam bidang transformasi digital daripada UOB serta rakan- rakan kongsi ekosistem serantaunya. Peserta juga akan berpeluang mengakses bengkel dalam talian, tutorial video dan webinar di dalam bidang pemasaran digital, operasi perniagaan dan e-dagang. Untuk menggiatkan lagi usaha digitalisasi mereka, para peserta juga dapat menikmati langganan percuma bagi solusi pilihan JomX, termasuk sistem perakaunan awan (atau cloud accounting systems), kecerdasan buatan (atau artificial intelligence) dan analitik data (atau data analytics) yang disediakan oleh rakan- rakan kongsi ekosistem JTP selama 13 bulan6.

Menjelang pelancaran edisi JTP 2022, UOB Malaysia telah menganjurkan sebuah panel perbincangan pada 14 Jun 2022 bertajuk ‘Usahawan Wanita Melangkah Ke Hadapan’ (atau Women Entrepreneurs Making A Leap Forward). Panel perbincangan tersebut telah menampilkan empat pemimpin wanita daripada industri pendidikan, fesyen, kesejahteraan (wellness), dan kesihatan badan (fitness) untuk berkongsi pengalaman mereka dalam dunia profesional dan keusahawanan dengan para hadirin. Panel tersebut terdiri daripada Puan Anne Tham, Pengasas ACE EdVenture; Puan Joan Yeoh, Pengarah Negara Love Bonito Malaysia; Puan Melissa Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Getha, dan Puan Toh Yen Kee, Pengasas Bersama The Playground Fitness.

Semasa panel perbincangan tersebut, Puan Toh Yen Kee berkata, “Apabila saya mengambil langkah untuk memulakan perusahaan saya sendiri buat pertama kali, saya mendapati ia bukan mudah untuk mencari penyelesaian dan bantuan yang tepat bagi memecutkan transformasi perniagaan saya. Setelah saya menumpukan usaha saya untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan, saya telah menyedari bahawa digitalisasi adalah suatu yang mustahak bagi perniagaan saya untuk melengkapi pelbagai fungsi perniagaan di samping menganalisa daya saing pasaran. Platform seperti JTP dapat membekalkan maklumat dan bimbingan yang boleh melengkapi program-program lain yang sedia ada untuk membantu para usahawan wanita.”

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

" "