Siakap Keli
Gambar: Coconut Jakarta

Anak Penceramah Terkenal Indonesia Maut, Abang Tak Sengaja Tertembak Guna Senjata Api Pengawal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, yang merupakan anak kedua kepada penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Arrazy Hasyim, dilaporkan maut dipercayai tertembak oleh abangnya yang berumur lima tahun secara tidak sengaja, menggunakan senjata api milik pengawal peribadi keluarga mereka.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan bercuti di Tuban, Jawa Barat, Indonesia. Mereka diiringi oleh seorang pengawal peribadi, yang merupakan seorang anggota polis yang hanya dikenali sebagai M.

Menurut rekod, ketika kejadian M sedang menunaikan solat, dia tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat dipercayai dari senjata api. Rupa-rupanya si abang dan adik bermain menggunakan senjata api milik M.

Menurut laporan, mangsa tertembak pada bahagian dagu dan terbunuh dalam kejadian tersebut.

Anggota polis itu mendakwa bahawa dia telah menyimpan senjata api tersebut di dalam beg dan meletaknya di tempat yang selamat sebelum menunaikan solat.

Ketua Unit Siasatan M Ganantha di Jabatan Jenayah Polis Tuban berkata, tindakan undang-undang di atas kejadian ini tidak akan diteruskan kerana keluarga mangsa telah memberi kenyataan bahawa mereka tidak akan melakukan sebarang dakwaan dan menerima kejadian itu adalah satu kemalangan.

Walau bagaimanapun, anggota polis mungkin akan dipanggil ke Jawatankuasa Siasatan Dalaman di Ibu Pejabat Polis Negara.

Kematian senjata api sangat jarang berlaku di Indonesia kerana kawalan senjata api yang sangat ketat di negara itu. Hanya pegawai tinggi, pegawai penguatkuasa undang-undang serta anggota tentera sahaja dibenarkan memiliki senjata api secara sah.

BACA: WHO Mulakan Perbincangan Mengenai Isytihar Cacar Monyet Kecemasan Global

BACA: Tak Sempat Ketika Muda, Aksi Comel Nenek Gigih Belajar Menulis & Mengeja Dengan Cucu Buat Netizen Tersenyum

Sumber: Coconut Jakarta, Detik.com

Faiz Mustafa