Siakap Keli
orang utan kutip dan hisap rokok
Gambar Via Daily Mail

Belajar Dari Manusia, Tular Orang Utan Kutip & Hisap Rokok Undang Kemarahan Netizen

Satu video tular yang memaparkan aksi seekor orang utan kutip dan hisap rokok di sebuah zoo bandar Ho Chi Minh, Vietnam telah mencetuskan kemarahan netizen.

Memetik laporan Daily Mail, video tersebut memaparkan orang utan itu menyedut asap rokok sebanyak beberapa kali sebelum memadamkannya ‘sebijik’ seperti seorang perokok tegar.

Kakitangan zoo itu berkata haiwan tersebut telah mengutip rokok itu selepas ia dibuang ke dalam kandang oleh pengunjung.

“Haiwan pintar itu telah mempelajari cara menggunakannya dengan melihat manusia merokok,” kata seorang kakitangan.

Menerusi rakaman itu, orang utan tersebut dilihat memegang rokok itu secara bersahaja di antara jarinya sambil duduk di atas lantai dalam kandangnya.

Sementara itu, jurucakap Zoo dan Taman Botani Saigon berkata rokok itu tidak diberi secara sengaja, sebaliknya telah ditemui oleh orang utan tersebut selepas ia dibuang oleh pengunjung.

“Orang ramai sering membuang benda ke dalam sangkar haiwan dan orang utan belajar cara menggunakan objek ini dengan melihat manusia menggunakannya,” katanya.

Tambahnya, pengawal keselamatan tidak mempunyai masa untuk sentiasa memeriksa kejadian seperti itu.

“Apabila rakaman menjadi tular, pihak kami telah memeriksa dan memastikan agar tiada lagi rokok dibuang di dalam sangkar,” ujarnya.

Dalam pada itu, akhbar tempatan melaporkan bahawa ramai pengunjung zoo yang bertindak membuang sampah ke dalam sangkar haiwan walaupun notis amaran telah diberikan kepada mereka.

Mengimbas kembali, terdapat beberapa kes haiwan menghisap rokok di zoo yang pernah dilaporkan sebelum ini terutamanya di China.

Tahun lalu, Zoo Hengshui Wildlife Park mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai selepas kakitangannya memaksa seekor anak monyet menghisap rokok di hadapan kamera sebagai sebahagian daripada kempen kesihatan awam.

Untuk pengetahuan, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat berkata haiwan yang terdedah kepada asap rokok didapati berisiko tinggi mendapat penyakit seperti radang paru-paru, masalah mata, penyakit jantung dan kanser.

BACA: Sampai Terkoyak Baju, Pemuda Berdepan Detik Cemas Ditarik Orang Utan

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.