Siakap Keli
Gambar via Marca

Didakwa Sedang Berjimat, Amber Heard Dilapor “Shopping” Di Kedai Baju Serbaneka Tawar Diskaun

Amber Heard didakwa sedang berada dalam fasa berjimat-cermat dan mencatu kewangan kerana masih mempunyai hutang terhadap bekas suami, Johnny Depp lebih kurang RM36 juta sebagai ganti rugi, susulan kekalahan kes mahkamah yang mengejutkan dunia sebelum ini.

Memetik New York Post, pelakon filem Aquaman itu dilihat membeli-belah di sebuah kedai serbaneka yang sedang mengadakan diskaun di Hamptons pada Khamis lalu.

Pada awal Jun lalu aktres yang berusia 36 tahun itu didakwa dalam fasa menuju muflis kerana tidak tidak mampu untuk bayar yuran guaman yang begitu tinggi selain denda jutaan dollar yang perlu dibayar kepada Johnny Depp.

Peguamnya, Elaine Bredehoft sebelum ini pernah disoal sama ada aktres itu mempunyai wang yang cukup atau tidak untuk membayar denda yang dijatuhkan oleh mahkamah.

“Oh tidak, tidak sama sekali tidak,” jawabnya, lapor The Post.

Amber yang dilihat mengenakan seluar jeans dan baju putih longgar membeli belah bersama kakaknya.

Menurut beberapa sumber, Heard bergantung harap pada polisi insurans rumahnya  untuk menampung kos guaman tempoh hari. Depp menyaman Heard dan berjaya memenangi tiga saman fitnah beserta bayaran ganti rugi sebanyak  RM220 juta diatas kenyataan berbau fitnah dibuat Heard yang mendakwa dia adalah contoh figura awam yang menjadi mangsa penderaan domestik dalam satu penulisan pada 2018.

Sementara itu, Heard hanya memenangi satu daripada tiga dakwaan fitnah yang dibuatnya terhadap pelakon Pirates of The Caribbean itu.

Mahkamah telah mendedahkan bahawa Heard telah dibayar sebanyak RM4.4 juta menerusi lakonan dalam film ‘Aquaman’ yang ditayangkan pada tahun 2018. Manakala untuk sekuel film tersebut, dia dibayar sebanyak RM8.8 juta di mana penampilannya telah dikurangkan secara signifikan, lapor New York Post.

BACA: Anak Penceramah Terkenal Indonesia Maut, Abang Tak Sengaja Tertembak Guna Senjata Api Pengawal

BACA: Pekerja Boleh Buat Permohonan AKF Untuk Bekerja Secara Fleksibel – Awang Hashim

Sumber: New York Post, Bay S.T Post

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.