Siakap Keli
Sumber: itsaizajustmint

Tak Sempat Ketika Muda, Aksi Comel Nenek Gigih Belajar Menulis & Mengeja Dengan Cucu Buat Netizen Tersenyum

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam kehidupan ini, sebenarnya tiada istilah terlalu awal atau terlalu lambat untuk mempelajari sesuatu itu seperti belajar mengeja dan menulis, tak kira anda masih kecil ataupun nenek yang sudah lanjut usia. Jika seseorang itu benar-benar ingin menimba ilmu, usia hanyalah sekadar angka dan ia juga bukan satu penghalang untuk berjaya.

Bangga adalah satu-satunya perkataan yang dapat menggambarkan perasaan pemilik Tiktok, Aiza Jasmin, 26, yang merakam telatah neneknya belajar cara mengeja dari rumah sahaja.

Aiza mendedahkan bahawa neneknya berhenti belajar pada usia muda dan dia telah mengambil keputusan untuk merakam neneknya setiap kali mereka mempunyai kelas bersama.

Dalam rakaman video yang berdurasi selama 60 saat itu, berbagai gelagat neneknya cuba untuk mengeja perkataan yang diberikan oleh Aiza. Antara perkataan tersebut adalah tuala, telefon, kerajaan dan mangkuk.

Di pandangan Aiza, dia akui melihat neneknya itu gemar untuk mempelajari perkataan baharu. Lebih-lebih lagi, neneknya itu kelihatan begitu berazam untuk belajar apabila seseorang membimbingnya. Sambil-sambil itu, dalam rakaman tersebut, kelihatan neneknya juga adakalanya terganggu apabila dia tidak pandai mengeja sesuatu perkataan itu.

Menurut Aiza, neneknya itu berharap agar dia mendapat peluang untuk meneruskan persekolahan seperti kanak-kanak seusianya yang lain pada zamannya. Aiza mengharapkan semoga neneknya itu terus rajin untuk belajar.

“Pembelajaran sememangnya tiada had, selama mana anda belajar sesuatu, masa tidak pernah disia-siakan. Anda tidak akan berada di mana anda berada jika bukan untuk masa lalu. Cuba pertimbangkan” tegas Aiza.

Tuisyen di antara Aiza bersama neneknya cukup menarik perhatian ‘netizen’ sehinggakan rata-rata di ruangan komentar gemar dan terhibur menyaksikan neneknya. Lantas, ada segelintir dari mereka akui bahawa mereka juga turut merindui nenek mereka.

Apabila melihat rakaman yang dikongsikan itu, tak dapat dinafikan lagi rakaman tersebut bakal menjadi kenangan yang sangat indah buat keluarga ini di kemudian hari.

Kegigihan yang dilihat oleh nenek Aiza itu wajar untuk dijadikan sebagai teladan kepada kita semua. Malah, keakraban di antara Aiza dengan neneknya itu juga harus diikuti kerana ia adalah satu ikatan yang berharga.

 

@itsaizajustmint

School time with Grandma at home. I know my Tok would’ve love learning at school ☺️ #grandmasoftiktok #learningisfun

♬ New Home – Frozen Silence

BACA: Bayi Dalam Fasa ‘Mengutip’ Benda, Ibu Panik Jari Anak Bengkak Teruk Terbelit Rambut Gugur

BACA: Kajian Dapati Rata-rata Orang Memerlukan RM 44 Juta Untuk Kehidupan Ideal

Sumber: itzaizajustmint 

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.