Siakap Keli

China Bina Jalan Miliki Lebih 200 Selekoh, Bentuk Seakan Naga

Sebuah jalan di China Barat, Jalan Panlong yang dibina berdasarkan laluan purba berjaya mencuri tumpuan dunia apabila mengandungi lebih 200 selekoh dan berbentuk seakan naga. Jalan itu kini menjadi tarikan pelancongan terbaharu di negara tersebut.

Bukan itu sahaja, jalan itu kini juga menjadi kawasan tumpuan pemandu-pemandu khususnya bagi mereka gemar dengan pemanduan lasak dan mencabar. Bagaimanapun, dengan reka bentuk sebegitu, jalan yang sama juga ibarat neraka bagi mereka yang mudah merasa pening atau mabuk apabila memandu atau melalui jalan bengkang-bengkok.

Uniknya, jika dilihat daripada udara, jalan itu juga mempunyai bentuk seakan-akan naga. Maka tak hairanlah ia diberi nama Panlong kerana menurut mitologi masyarakat Cina di sana, Panlong adalah seekor naga akuatik.

Jalan ini mempunyai jarak sepanjang 75km (46 batu). Ianya digelar Plateau Sky Road oleh penduduk tempatan yang mana berada di Daerah Autonomi Taxkorgan Tajik, Wilayah Xinjiang.

Tujuan jalan tersebut dibina adalah untuk menyediakan laluan melalui Pegunungan Kunlun untuk petani dan pengembala tempatan.

Jalan itu mencapai ketinggian 4,200 meter (13,780 kaki), dengan ketinggian maksimum 1,000 meter (3,280 kaki).

Beratus-ratus individu telah menyiarkan ulasan perjalanan mereka sepanjang perjalanan itu, dengan mengatakan perjalanan itu digambarkan sebagai ‘cabaran yang penuh keterujaan’, ‘tidak dapat ditandingi’ dan ‘sangat indah’.

Walau Bagaimanapun, pemandu harus berhati-hati sekiranya memandu semasa musim hujan dan salji kerana kawasan berkenaan berisiko dilanda banjir lumpur.

Terdahulu, China juga membina satu lagi jalan bengkang-bengkok yang menghubungkan Kampung Jinxing dan Jinganshao di Wilayah Yunnan, barat daya. Jalan ini mempunyai 68 selekoh yang menjangkau jarak 6.3 kilometer (3.9 batu) di sepanjang rabung gunung.

 

 

BACA: Seekor Hamster Dilapor Selamat Mendarat Ke Bumi, Diterbangkan Ke Stratosfera Guna Belon

BACA: Perenang Profesional Alami Detik Cemas, Pengsan Dalam Air Di Kejohanan Dunia

Sumber: Mail Online 

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.