Siakap Keli
Gambar via Arab News

Kuwait Umum Cuti Sembilan Hari Untuk Penjawat Awam Sempena Aidiladha

Majlis Menteri Kuwait telah mengumumkan bahawa mereka akan membenarkan cuti selama sembilan hari untuk menyambut Aidiladha yang akan menjelang tidak lama lagi. 

Menurut Arab News, menerusi pengumuman tersebut, semua institusi awam, kementerian dan badan kerajaan akan ditutup bermula 10 Julai hingga 14 Julai. 

Ini bermakna sektor awam akan mendapat cuti sembilan hari secara keseluruhan sempena Aidiladha kerana Kuwait menetapkan Jumaat/Sabtu sebagai cuti umum.

Hari Raya Aidiladha akan disambut pada hari ke-10 dalam bulan terakhir kalender Islam – Dzulhijjah, lapor Arab News. 

Terdahulu, laporan media menyebut bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkemungkinan akan menyambut perayaan tersebut pada 9 Julai ini.

Pihak Balai Cerap Angkasa Abu Dhabi, Balai Cerap Al Sadeem berkata, sekiranya anak bulan Islam Zulhijjah muncul pada 29 Jun (Rabu), ia akan menandakan hari terakhir Zulkaedah.

Menurut balai cerap itu, 30 Jun (Khamis) akan menjadi hari pertama Zulhijjah. Manakala, 8 Julai pula akan menjadi hari Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.

Berikutan itu, Hari Raya Haji 2022 di UAE berkemungkinan akan disambut pada hari 9 Julai (Sabtu) kerana ia sentiasa jatuh pada 10 Zulhijjah.

Sementara itu, rakyat UAE dilapor akan mendapat cuti selama empat hari sempena perayaan tersebut termasuk cuti Hari Arafah iaitu daripada 8 Julai hingga 11 Julai.

BACA JUGA: Masjid Al-Aqsa Mungkin Runtuh, Israel Dipercayai Gali Tapak Bawah Masjid

BACA JUGA: 46,132 Kes Muflis Libatkan Rakyat Malaysia Dari 2018 – Mei 2022 & 19,334 Kes Muflis Sebab Pinjaman Peribadi

Sumber: Arab News

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.