Siakap Keli
wanita menangis histeria
Gambar: rumpi_gosip

“Aku Dari Keluarga Broken,” Wanita Menangis Histeria Di Kubur, Tak Dapat Terima Pemergian Ayah

Sukar untuk menerima kenyataan bahawa ayahnya telah pergi untuk selamanya, wanita ini menangis histeria sambil memeluk kubur ayahnya. Ikuti artikel ini seperti berikut:

Hati anak mana yang tidak hancur apabila kehilangan ibu bapa? Walau bagaimanapun, pemergian insan tercinta itu terpaksa diredhai sungguhpun berat untuk diterima.

Begitulah kisah yang terjadi terhadap seorang wanita yang memaparkan dia sedang menangis pilu di kubur ayahnya menjadi tular di media sosial.

Kesedihan wanita itu telah dikongsi dalam sebuah video yang dimuat naik semula oleh akaun Instagram @rumpi_gosip.

Dalam video yang tular itu, dapat dilihat seorang wanita yang menangis ketika di pengebumian bapanya. Pada batu nisan itu juga tertulis bahawa bapanya telah meninggal dunia pada 20 Jun 2022.

Menurut portal suara.com, video itu turut menunjukkan detik-detik indah wanita itu bersama dengan bapanya. Kedua-dua mereka kelihatan sangat akrab dan bahagia bersama.

Momne bahagia sebelum ayah pergi (rumpi_gosip)

Namun begitu, takdir dan ajal telah memisahkan kedua-duanya apabila si bapa pergi untuk selamanya.

Mungkin tidak kuat untuk meredhai pemergian ayahnya, wanita tersebut dilihat melutut sambil memeluk pusara ayahnya selepas jasad ayahnya ditanam.

Wanita itu kemudian menangis teresak-esak apabila menyedari bahawa dia perlu melepaskan ayahnya untuk selamanya.

Anak perempuan histeris di pemakaman ayah (rumpi_gosip)

“Aku dari keluarga yang broken, kini ayah sudah pergi, genap perjuanganmu menjadi seorang ayah dan ibu,” tulisnya dalam video itu.

Video tersebut telah mengundang pelbagai respon daripada netizen. Ada yang memberikan kata-kata nasihat serta semangat kepada wanita berkenaan.

“Tak apalah dia menangis, biarlah dia melepaskan keresahan di hati, lebih baik menangis daripada diam dan terluka,” komen netizen.

“Takziah, kehilangan adalah satu kesakitan yang tidak dapat diubati sepenuhnya, ia sentiasa menyakitkan apabila anda mengenangnya,” tambah seorang lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gosip Terupdate (@rumpi_gosip)

Sumber:  suara.com, intagram

Baca: Kementerian Pertahanan Ke Kemboja Bincang Isu Keselamatan Serantau, Ini Kaitan Dengan Malaysia

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.