Siakap Keli
4 planet duduk sebaris
Gambar: Mothership

Hanya Guna iPhone, Remaja Singapura Berjaya Rakam Fenomena 4 Planet ‘Duduk’ Sebaris

SINGAPURA – Seorang remaja berusia 16 tahun berjaya memotret fenomena 4 planet yang ‘duduk’ sebaris menggunakan kamera telefon pada pagi semalam.

Menurut Mothership.sg, remaja bernama Charmaine Lee itu hanya menggunakan iPhone 13 miliknya untuk memotret fenomena yang melibatkan planet Jupiter, Marikh, Venus serta Bulan berada dalam satu barisan.

Tambahnya lagi, gambar yang diambil pukul 6.33 pagi itu juga sebenarnya melibatkan planet Merkuri dan Saturn.

Fenomena 4 planet sebaris ini boleh dilihat oleh mata manusia dan sangat jarang berlaku. Ia hanya berlaku beberapa kali sejak tahun 2005.

Menurut Lee, dia memerlukan masa lebih kurang 45 minit untuk menangkap gambar tersebut dengan jelas.

Lee turut menyatakan bahawa dia amat meminati ilmu astronomi dan kejadian-kejadian yang jarang berlaku seperti ini.

“Saya teringat satu kejadian yang pernah berlaku apabila saya mengalami serangan panik dan saya mengalami hiperventilasi.”

“Perut saya seakan memberitahu untuk melihat ke langit pada malam itu dan apabila melihat bintang, ia membuatkan saya berasa lebih baik serta-merta.”

“Saya berhenti mengalami hiperventilasi dan saya tidak panik lagi selepas kejadian itu,” ujar Lee.

Lee amat menyukai ilmu astronomi kerana dia percaya bahawa langit adalah bintang keberuntungan yang akan membimbingnya.

Dia yang ketika ini berusia 16 tahun turut memasang cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat o-Level pada tahun ini.

Sumber: Mothership.sg

Baca: Kementerian Pertahanan Ke Kemboja Bincang Isu Keselamatan Serantau, Ini Kaitan Dengan Malaysia

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.