Siakap Keli

Kelab MAFI Anjur Squid Game Fitness Hunt Challenge, Perkukuh Pasukan MAFI

KUALA TERENGGANU, 26 JUN 2022- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) dan Kelab MAFI hari ini, menganjurkan MAFI Squid Game Fitness Hunt Challenge selama 3 hari di Pulau Bidong, Terengganu bermula 24-26 Jun 2022.

Program rekreasi yang julung kali diadakan ini disertai oleh 50 orang terdiri daripada Exco dan Ahli Kelab MAFI. Program turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Badrul Hisham Mohd, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Puan Habshah Ali dan Setiausaha Bahagian PSM, Puan Noor Azlin Mohammad Shamsudin.

Pulau Bidong yang menjadi lokasi program ini pernah diisytihar sebagai pusat penempatan orang hanyut Vietnam pada Ogos 1978 hingga November 1991. Sepanjang tempoh itu, seramai 252,390 orang pernah berlindung di pulau tersebut sebelum berpindah ke negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Australia.

Pulau yang pernah menjadi saksi kisah kesengsaraan dan penderitaan mangsa perang kini dibangunkan sebagai Pusat Penyelidikan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Antara pengisian menarik program adalah pelbagai jenis sukan rekreasi yang boleh mengeratkan hubungan sesama peserta, antaranya aktiviti kerja berpasukan, treasure hunt, water confidence, snorkeling dan discovery scuba.

Peserta turut didedahkan dengan pengalaman para pelatih berhubung aspek keselamatan aktiviti air. Pelbagai aktiviti teambuilding turut dilaksanakan sepanjang program ini, sekaligus meningkatkan tahap saling kepercayaan (trust) dan saling berkerjasama (teamwork) dalam kalangan ahli kumpulan.

Untuk rekod, Kelab MAFI telah ditubuhkan sejak tahun 1982 bertujuan memupuk semangat kerjasama berpasukan dan mengukuh silaturrahim di antara warga MAFI melalui penganjuran program dan aktiviti berbentuk kebajikan, sukan, rekreasi, sosial, ekonomi, pendidikan, kerohanian dan lain-lain.

Antara objektif penubuhan kelab ini adalah untuk memupuk kesatuan dan semangat kekitaan serta budaya kebersamaan, melahirkan warga yang sihat, cergas dan pintar serta sentiasa bersedia bertindak dalam apa jua situasi bagi menjayakan misi MAFI selain untuk mencungkil bakat dan menyemai sifat kepimpinan unggul dalam kalangan warga MAFI.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.